Sastera merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa sanskrit yang membawa makna (Mengarahkan,Memberi petunjuk,mengajar).sastera dikatakan mula masuk ke alam melayu sejak 2000tahun dahulu dan berbentuk lisan.Ianya disampaikan secara mulut ke mulut atau pada masa kini lebih dikenali sebagai 'sastera Rakyat'.walaubagaimanapun,pada tahun 400 Masehi yang lalu,sastera berbentuk tulisan telah mula berkembang di alam melayu sejak penemuan batu bersurat di Kota Kapur,Pulau bangka pada tahun 686M.
Sastera merupakan bidang yang berkait rapat dengan agama islam pada masa dahulu.Sastera berbentuk tulisan amat popular dalam kalangan masyarakat bagi menyampaikan mesej agama kepada rakyat.Misalnya sastera Agama yang mengisahkan mengenai Cerita-cerita Nabi dan tokoh-tokoh tersohor dalam Islam.Karya sastera berbentuk Agama biasanya digabungkan bersama unsur mitos atau lagenda yang bertujuan menaikkan nilai kehebatan watak.ianya memakai unusur doksologi dalam penulisan bagi menunjukkan ciri-ciri keislaman.
"Contoh Sastera Agama"
Hikayat Iskandar Zulkarnain merupakan sastera yang bercorak sebelum kedatangan islam.Terdapat juga karya sastera Agama yang berbentuk semasa dan selepas kedatangan islam.
Sastera Kitab pula ditulis oleh golongan alim ulama oleh sebab perkembangan islam pada masa dahulu tertumpu di istana dan masjid-masjid.Oleh itu sastera kitab memuatkan tentang permasalahan dalam agama khususnya dalam ilmu Fikah Dan tauhid.Tokoh terkenal dalam bidang penulisan sastera kitab pada masa dahulu adalah Hamzah Fansuri.
Puisi Dalam Agama
Antara puisi yang berkait rapat dengan Agama adalah Syair.syair adalah puisi melayu yang berasal dari Arab Parsi.Syair disampaikan cecara berlagu kepada pendengarnya dan maksud yang termuat di dalam syair amat bermakna dan berguna.Baginda Rasulullah juga dikatakan pernah bersyair pada zaman Baginda,Antara syair yang didendangkan ialah,
"ألا كل شيء ما خلا الله باطل"
Syair diatas dikarang oleh Labid tetapi baginda tidak menghabiskannya dan hanya membaca sebaris sahaja.Wallahu'allam
Sastera dan agama sebenarnya berkait rapat dan berkembang seiring dengan peredaran zaman.Pada masa kini,lebih banyak bentuk sastera yang memuatkan berbagai-bagai isu agama seperti Novel,Cerpen,dan sajak.Sastera seharusnya digunakan untuk membangunkan agama dan sebagai salah satu cara untuk memperkembangkan Keilmuan islam yang kian pudar.
Rujukan:

No comments:
Post a Comment