Syair merupakan puisi terikat dan menjadi salah satu puisi melayu tradisional.syair melayu terdahulu amatlah indah bahasanya kerana merupakan satu-satunya puisi melayu yang didendangkan secara berlagu disamping rima akhirnya yang terikat iaitu a a a a.
Evolunisasi Syair bermaksud pertambahan golongan syair yang sedia ada disamping terdapat sedikit pertambahan dari segi gaya bahasa.Melalui ciptaan golongan syair yang saya sendiri lakukan telah terbentuknya sejenis golongan syair memujuk yang sedikit berbeza berbanding syair-syair lain seperti syair berbentuk Naratif,syair nasihat,syair teka-teki,syair agama,dan sebagainya.
Dari segi Bentuk
sama dan tidak berbeza berbanding dengan syair-syair yang lain.
Tujuan
syair memujuk bertujuan untuk memujuk seseorang yang sedang kecewa,berduka,dan bersedih atas sesuatu sebab atau kejadian.
Gaya Bahasa
terdapat sedikit perbezaan,syair memujuk mempunyai gaya bahasa perulangan perkataan di awal baris pertama diantara rangkap yang berbeza atau saya namakan sebagai 'Reprasi'.
Contohnya yang terdapat dalam syair Senyumlah Bonda:
Senyumlah Bonda senyum ketawa,
Engkau bagiku bagai permata,
Silap diriku yang sering alpa,
Harap maafmu menghapus dosa,
Senyumlah bonda jangan berduka,
Usah dikenang cerita duka,
Mulakan kembali hikayat Cinta,
Kaulah Sateria kaulah Perwira,
Perulangan perkataan senyumlah bonda haruslah diulang pada setiap baris pertama pada setiap rangkap.Hal ini bagi menunjukkan unsur pemujukkan terhahap seseorang.
No comments:
Post a Comment