Teori sastera saya anggapkan bahawa bidang pengkajian ilmu sastera yang tertinggi.Hal ini memerlukan tahap pemikirang yang kritis dalam bidang kesusasteraan.Teori-teori sastera yang dihasilkan masyarakat melayu terdahulu mementingkan sifat sesuatu karya dan penulis karya itu sendiri.Contohnya Teori Feminisme yang merujuk kepada kedudukan wanita sebagai pengkritik dan penghasilan karya sastera disamping watak wanita dalam karya.
Bidang kesusasteraan melayu kini sering disalah tafsir dengan kewujudan Karyawan Novel yang menghasilkan karya bersifat Romantis atau cinta muda mudi masa kini.Karyawan dianggap sasterawan dan nilai sasterawan semakin jatuh.Sasterawan merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan karaya berunsur kritikan atau pengajaran bagi menaikkan martabat bangsa mereka sendiri.Tugas seorang sasterawan bukannya mudah dan untuk mendapat nilai sebuah karya sastera amatlah sukar dan perlu dihasilkan melalui pemerhatian dan kajian yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
TEORI EVOLUNISASI
Melalui pemerhatian saya terhadap hasil karya masa kini ianya sedang mengalami sesuatu peubahan seiring dengan kemodenan masa kini.Hilangnya unsur-unsur fantasi dalam penghasilan karya sastera kini menunjukkan juga cita rasa pembaca mula berubah.
Evolunisasi merujuk kepada perubahan hasil karya dari segi jalan cerita dan cara penyampaiannya pada masa kini.Seiring dengan perubahan zaman.Karya sastera juga mengalami proses perubahan yang Drastik.
Unsur kritikan juga semakin hilang,hal ini kerana kritikan merupakan unsur bersifat Realisme atau benar-benar berlaku.unsur kini tertumpu kepada ciptaan sendiri tetapi merujuk kepada sifat-sifat sebenar manusia.
Cara penyampaian pada masa kini mengalami proses Modenisasi akibat berkembangnya Laman sosial seperti Blog dan Youtube.Tidak mustahil pada masa akan datang karya sastera tidak lagi ditulis di atas kertas dan Pena tidak lagi berguna.
No comments:
Post a Comment