Bergema laungan
50 tahun dahulu,
terngiang-
ngiang di dinding telingaku,
sukar diungkap,
sukar digambar,
pengorbanan
pahlawan menentang " Dunia Bintang Tiga".
Bangkitlah !
Maralah !
Majulah !
Wahai tiang
bangsaku,
usah terus mengabdi
diri,
kepada mereka
yang hatinya mati,
bangunkan jiwa
keberanian dalam diri,
bangkit
perjuangkan bangsamu,
mara teguhkan
pasak agamamu,
maju kukuhkan
jati dirimu,
sekali kita
dihina, seribu kuasa mendatang,
demi
pertahankan perahu bangsa dari dirempuh ombak dunia.
Datang seorang
nakhoda yang bijaksana,
membawa harapan
rakyat jelata,
merubah mimpi
jadi realiti,
merubah jiwa
yang pelbagai ragam,
memimpin wajah
yang pelbagai rupa,
memimpin
tangan- tangan yang lemah,
menuju ke medan
perjuangan bangsa.
MERDEKA!
MERDEKA !
MERDEKA !...
Laungan yang
menjadi saksi sebuah kebebasan,
Laungan yang
menjadi pengusir " Bintang Tiga" durjana,
Laungan yang
mengangkat martabat bangsa,
bersaksikan
sebuah medan merdeka,
dilaungkan
rakyat jelata,
dari suara
pemimpin bijaksana.
Namun, semua
itu hanya sementara,
banyak yang
maju menjadi mundur,
dek kerana
sikap anak bangsa,
yang sering
terjun ke lembah alpa,
tanpa mereka
sedar kita dijadikan boneka,
oleh mereka
punyai kuasa,
Sedarkah kita,
kita dijadikan umpama mangsa,
dalam sebuah
wayang dunia.
Ayuh, bangkit
anak bangsaku,
genggam bara
api biar sampai jadi arang,
pertahankan
bangsa kita biar sampai generasi watan.
INILAH PENTAS
KITA. INILAH DUNIA KITA. INILAH WAJAH KITA.
MERDEKA KITA
SELAMANYA.
No comments:
Post a Comment