Wednesday, 26 February 2014

DRAMA:Wahyu Rindu Dari Allah [Episod 1] By FirasaStra



Bahagian 1
Dua pemuda Hamdan dan Mikail duduk disebuah wakaf yang berada di tengah-tengah bendang.Mereka sering menjadikan tempat itu sebagai kawasan mereka untuk mencari Ilham mengenai kegiatan mereka yang suka menipu wanita untuk mendapatkan wang.Wajah Tampan mereka sememangnya membuatkan mana-mana wanita yang mereka temui dapat ditawan hatinya.

MIKAIL:woi Hamdan,
HAMDAN:hah,Ye..(Hamdan tersentap dari lamunan ke arah tengah bendang)
MIKAIL:kau dapat tak idea baru ni..aku dah pokai ni,kita kena jalankan projek kita dah sekarang ni..adoiii(sambil mengaru kepala dalam keadaan fikiran yang kusut)
HAMDAN:idea aku takde tapi mangsa aku dah ada,hahaha(ketawa gembira)
MIKAIL:Siapa Hamdan??janda sebelah rumah kau tu??(kebingungan)
HAMDAN:hishh..bukanla,janda sebelah rumah aku tu buat apa,nanti kita plak yang kena tanggung anak dia tu,ni..ni anak Haji Karman tu..Balqis..
MIKAIL:Balqis??Balqis yang mana pulak kau nih?
HAMDAN:kau ni kalau aku cakap nyanyuk kan marah..Balqis…yang  sekelas dengan kita masa sekolah menengah dulu…tak ingat?
MIKAIL:Balqis…Balqis..(Kehairanan)oooo..Balqis Fitriah tu ker…baru aku ingat..tapi…kenape dia?
HAMDAN:laaa…kau nihh..kan dia baru balik dari luar negara,kerja kat syarikat bapak dia yang kedekut tuh,lagipun..dia pewaris tunggal harta orang tua tu..haaa..amacam??
MIKAIL:menarik tuh,tapi mustahil la nak pikat si Balqis tuh..dia ala-ala Ustazah pilihan,kita ala-ala KL Gangster beb,memang tak jadi punya,
HAMDAN:hisshhhh..(sedikit bengang),tadi penyakit nyanyuk..dah elok-elok ingat datang pulak penyakit BANGANG kau nih,
MIKAIL:habis tuh??kau rasa kau dapatla pikat si Balqis tuh?eleee…bleh jalan la..
HAMDAN:okey..kita tengok..kalau aku dapat mengorat si Balqis tuh jangan harap aku kongsi duit nanti dengan kau..haha(Hamdan cuba meyakinkan Mikail )
MIKAIL:pulak dah..yelahh..macam biasa aku kena tolong la ni?apa aku kena buat?
HAMDAN: (Sambil bangun dari tempat dia duduk,Hamdan tersenyum sinis)nanti aku akan bagitahu,ku tunggu saja.

Bahagian 2
Dalam sebuah rumah serba sederhana,terlihat Haji Karman duduk di kerusi sambil membelek-belek surat khabar.sejurus itu datang pula anaknya Balqis membawa secawan the untuk dihidangkan pada bapanya.

BALQIS:Jemput minum Walid,(sambil meletakkan minuman di meja berhadapan dengan Haji Karman)
HAJI KARMAN:cepat kau buat kopi,dudukla dulu Balqis.
Haji Karman kemudian meletakkan surat khabarnya dan minum air the yang dihidangkan Balqis sebentar tadi.
HAJI KARMAN:Umi kamu mana?(Tanya Haji Karman)
BALQIS:Umi kata pergi rumah Mak Kalsom tadi,ada kenduri katanya
HAJI KARMAN:ohhh..Anak Mak Kalsom kau tu… baru balik dari India,baru Walid ingat,
BALQIS:oo…(hanya mengangguk ringan)
HAJI KARMAN:ni Walid nak tanya kau nih,bila kau nak kahwin?belajar kat Mesir sampai lima tahun,balik ni takkan tak terfikir nak berumah tangga,kan itu dituntut dalam islam..
BALQIS: (Balqis sedikit terkejut dengan pertanyaan Haji Karman)..emm,jodoh Balqis belum sampai lagi Walid,
HAJI KARMAN:yelah,Walid cuma ingatkan kan saja..perempuan tak elok kahwin lambat..nanti jadi Puteri ANDALUSIA..hahaha
BALQIS:hahh??Puteri Andalusia?(Balqis kebingungan)
HAJI KARMAN:Anak Dara Lanjut Usia….hahaha(haji karman mengusik anaknya)

Mereka kemudian masing-masing ketawa kecil.


Bahagian 3

Balqis mengeluarkan basikal yang dia gunakan sejak dari zaman sekolah lagi untuk pergi ke rumah rakannya iaitu Wahida.Tapi hari itu basikalnya rosak dan tidak dapat digunakan dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki,Umi Balqis tiba-tiba keluar menjenguk dari jendela rumah,

UMI:kenapa tu Balqis?(Tanya Umi yang kehairanan melihat Balqis membelek-belek badan basikalnya)
BALQIS:Basikal Balqis dah rosak Umi,rantai berkarat sangat dah..(Keluh Balqis)
UMI:laa..macam mana nak pergi rumah wahida,jauh jugak tu
BALQIS:Balqis jalan kaki jela Umi,lagipun dah janji dengan Wahida..nanti apa pulak kata dia..Balqis pergi dulu Umi,Assalamualaikum..
UMI:Yelah..Waalaikumsalam,hati-hati..

Balqis perlu melalui kawasan jalan di tengah bendang untuk tiba di rumah Wahida,dia memandang kiri-kanan hingga dia terkenangkan memori lampau di mana di kawasan bendang inilah tempat dia dan Wahida sering meluangkan masa untuk beriadah,bermain layang-layang..Tiba-tiba pemandangannya terhenti apabila melihat seorang pemuda membawa seekor kerbau dari dalam sawah..dia seakan mengenali lelaki bertubuh sasa itu,Balqis tiba-tiba tersenyum..

BALQIS:Assalamualaikum..(Balqis menegurnya)




BESAMBUNG..

No comments:

Post a Comment