Sungai resah dari Tanduo masih segar mengalir,
Keruh darah airnya tiada lihat jernihnya,
Merentas deras laut cina selatan
Mengalir ganas ke tasik seberang
Lahad datu airnya dulu jernih,
Sang ikan berlagu ria,si rumpai menari tawa
Pembalak asing mencurah cuka,menyiram puaka
Menebang pepohon daulat mengali buas dalam tanah kita
Mengangkat dan mengagung sebagai tanah mereka
Tiada malu…tiada segan..tiada muka
Puiihhh!!
Jangan kau cabar ketuanan berpusaka
Hidup kami bersarang tebuan
Secebis terkoyak angkara dibidas
Seribu sengat mengejar mencari pembidas laknat
Rela kami ditikam,sanggup kami ditanam
Asalkan waris terbela,negara terjaga oleh bangsa pendera
Sungai darah tidak terhenti dirimba Mat salleh
Terus mengalir hingga lubuk hati Rentap,ke hujung
tamingsari Tuah,
Membasuh tombak Bahaman,singgah di gua Tok Janggut,
Bangkit kami sebagai Pahlawan,pulangmu sebagai tetamu
larangan.
Sudah tertulis dalam kitab,sudah tercatat dalam surat
Tiada segempalpun dari tanah kami
Tempat kamu menanam padi
Datang tidak bermahkota tapi tidak malu mengaku raja
Malah merejam pemegang panji negara
Jangan kau lupa
Tentera langit ,laut dan rimba sedia membela
Pelbagai bangsa,rupa,dan agama
Penentang kami bermacam arena
Menyanggah dengan suara,membidas dengan pena
Walau tidak mampu membuat jasad kau terluka
Tapi cukup tajam menghiris semangat engkau durjana
Hingga engkau puas menanam luka,
Darah borneo ke semenanjung,
Sungainya tidak akan putus mengalir
Menghubung dua pulau berdaulat satu.

No comments:
Post a Comment