Tuesday, 12 November 2013

Sajak:Kekiri Pena Kekanan Buku By FiraSastra






perih..pedih..letih..lelah
semakin  hari semakin mengalah
tanganku tidak berhenti menari,melangkah,dan sentiasa berlari
mata kian teduh mengahadap kitab kertas dan kitab berlampu
menahan segala suka menutup apa yang terbiasa

akibat akal jiwa terdera
memikir tanpa tinta mewarna tanpa pena
apa yang tersedia dan memintas di mata
menjunam ganas ke teras idea

pabila si penat bangkit sang akal juga terlena
rebah sementara di wajah tilam beradu
tidur mata terbuka minda bersuara
memanggil tanpa suara tapi lantang berteriak
tidak mampu juga kubangun
kekiri pena kekanan buku
akhirnya bangkit kembali memerah keringat

baruku sedar..
ini semua adalah tetamuku
datang tanpa diundang tapi cukup membawa selaut kebaikan
walaupun bukan kini mungkin masa hadapan
baruku sedar..
marahku pada pendita tidakla apa
manakan anak burung bisa terbang jika ibunya tidak memburu cacing
tidak mengenal apa yang dimakan tapi ditelan jua
kerana ianya cukup untuk menumbuhkan sayap

No comments:

Post a Comment