Detik demi saat
ranggi bangsaku makin mekar
ranggi yang cuba memanggil raja pemadu
menarik dengan warna,memancar dengan debunga
agar pelbagai raja sedia hinggap
dikala embun perpaduan menghiasi ranggi bangsaku
seluruh taman bunga ikut menyanyi
lagu rindu kedamaian,melodi indah kebahagiaan
sang raja menghirup dengan rianya
indahnya ia diselubungi dinamika budaya
sukar dicantas sukar dipulas
Inilah ranggi bangsaku
harum dikelilingi bauan kemajuan
kukuh didukung sepal kekayaan harta,subur,rimba,dan tanah
debunga bermadu jingga
hanya mampu diangkat oleh raja berkuasa
dibawa merata dunia,ditatap seluruh mata
akhirnya dinikmati seluruh manusia
merintih enaknya rasa,sadari agungnya bangsaku
ranggi bangsaku jangan ditawan taufan ketamakan
nescaya ianya terbang terpisah antara lautan
akhirnya menghilang dan lupa ianya berpusat pada satu kuntuman
sang raja hilang kekuatan
ranggi bangsaku jangan dicantas dari tanahnya
ibarat tumbuh mekar dirimba dibawa menghias tanah berbatu
akhirnya layu tidak bertugu
ranggi bangsaku jangan diracun wajahnya
kerana ianya hidup berkelopak tiga
rosak sekelopak hancur akar dalam tanah
sang raja menangis
tidak berair mata
Inilah jua bangsaku,hiduplah umpama ranggi,
mekarlah dalam satu kelopak
harumlah dalam satu debunga

No comments:
Post a Comment