Babak 1
Jemaah memberi salam
terakhir ketika solat berjemaah dan kemudian bacaan doa.Jemaah
bersalam-salaman.Khalid salah seorang jemaah melangkah keluar surau kemudian
terserempak dengan wanita yang baru dia jumpa selama dia berjemaah di surau
tersebut.Wanita itu kelihatan ayu memakai purdah dan matanya memukau pandangan
khalid.
KHALID:Subhanallah..
Pandangan dan renungan
Khalid disedari wanita tersebut dan masing-masing berlalu pergi.
Babak 2
Azan asar
berkumandang,Khalid kelihatan bergegas ke surau untuk berjemaah.tapi hatinya
kini berharap agar bertemu kembali wanita memakai purdah tadi.Harapannya
terkabul setelah wanita itu datang lalu di tepinya dan Khalid sekali lagi
terpegun dengan kecantikkan mata wanita itu.
Khalid kembali masuk ke
surau,sujud dan berdoa agar wanita itu adalah jodohnya kerana dia merasakan dia
telah jatuh cinta pandang pertama.Setelah itu Khalid didatangi seorang lelaki
yang bernama Ustaz Sufy,
USTAZ
SUFY:Assalamualaikum(Sambil bersalaman)saya Sufy..saya tengok saudara,nampaknya
sedang mengalami masalah,apakah yang menggangu fikiran saudara?
KHALID:W’salam..Khalid,tiada
apalah,cuma soal hati saja,saudara ni saya belum pernah nampak kat suaru ni
sebelum ni.Orang baru ke?
USTAZ
SUFY:Hmm..Begitulah,saya ni guru,baru saja bertukar kat sekolah tepi jalan tu..
KHALID:oo..guru..encik
sufy ni mengajar apa?
USTAZ SUFY:Saya Guru
agama,pelajar-pelajar saya panggil saya Ustaz Sufy kt sekolah
KHALID:ooo..Ustaz..Baguslah
macam tu,bukan apa tadi ustaz..saya rasa saya dah jumpa jodoh saya kat
sini,tapi hati saya masih tak tenteram,macam ada sesuatu yang menghalang,
USTAZ SUFY:jodoh itu
rahsia Allah,jatuh cinta sesama makhluk pula adalah satu perkara yang baik.tapi
kita jangan lupa..
KHALID:jangan lupa apa
Ustaz?
Ustaz sufy tersenyum
lalu bangun dan berjalan menuju pintu masjid.Khalid ikut bangun dalam
kebingungan lalu Ustaz sufy berhenti dan berkata lagi
USTAZ SUFY:Usahlah kita
meninggalkan sesuatu yang baik untuk mencari yang lebih baik kerana yang lebih
baik itu belum tentu terbaik untuk kita.
Khalid terdiam.Mereka
bersalaman lalu pulang,
BABAK 3
Keesokan harinya,ketika
azan zuhur berkumandang,kelihatan Khalid menuju ke surau.Niatnya untuk bertemu
dengan wanita tersebut dan mengungkapkan hajatnya yang suci.Kelihatan dari
pinggir surau juga Ustaz Sufy datang bersama seorang wanita.Ustaz Sufy
mendekati Khalid,
USTAZ
SUFY:Assalamualaikum Khalid(sambil bersalaman)bagaimana kamu hari ni?
KHALID:W’salam
Ustaz,saya rasa baik hari ni ustaz
Dalam pada itu,pandangan
Khalid tertumpu pada wanita yang datang bersama Ustaz Sufy,dia menyedari itu
adalah perempuan yang dicintainya dalam diam selama ini.Terdetik dalam hatinya
barangkali wanita itu adalah adik atau kakak Ustaz Sufy.
USTAZ SUFY:Oohh!!lupa
pulak saya,(Ustaz sufy menamatkan lamunan Khalid),Ini isteri saya,Ustazah Nissa
Hati Khalid tersentak
dengan tiba-tiba,meskipun begitu,Khalid cuba melemparkan senyuman tanda
perkenalan kepada Ustazah Nissa.
Iqamah
berkumandang,mereka kemudian masuk ke dalam surau untuk solat,
Babak 4
Jemaah surau bersalaman
sehingga tiada orang.Khalid kemudian menadah tangan memohon keampunan dari
Allah,
KHALID:YA
ALLAH,Ampunilah hamba-Mu ini yang lalai dalam mencari jalan syurgaMu,berikanlah
aku rahmat dari sisiMu agar aku kuat menempuhi dugaan yang Engkau lemparkan
dalam hatiku ini.Sesungguhnya,Jodoh itu benar-benar rahsiaMu
Khalid mengaminkan doa,
Keluar dari
masjid,Khalid ternampak pula seorang wanita yang selama ini dia tidak sedari
berjemaah sentiasa di masjid itu.Wanita itu kemudian datang menghampirinya lalu
memberikan sepucuk surat kepadanya..
SUARA LATAR:dalam kita
memohon sesuatu dariNya.Ikhlaskan dulu apa yang Allah perintahkan,barulah Allah
Ikhlaskan apa yang kamu Inginkan.
--TAMMAT--
No comments:
Post a Comment