Saturday 31 January 2015

PUISI Sesat Antara Dua Tuhan Karya FIRASASTRA



SESAT ANTARA DUA TUHAN



Wahyu para Nabi
Mukjizat para Rasul
Dikurnia turun segala ilmu
Segala yang benar terdampar dikitab
Yang kini terbiar pada penjuru angkuh

Benarkah wujudnya satu tuhan
Jika kamu menduakan
Mendustakan isi dibumi
Harta dilangit

Antara dua Tuhan
Yang menciptakan
Yang diciptakan
Musnah iman lahir keliru
Keliru yang menjadi pegangan

Kata Tuhan Menciptakan:
Nikmat apa lagi yang kamu ingin dustakan
Kerana segalanya benar
Kata Tuhan diciptakan:
kebenaran apa lagi yang harus kita dustakan
Kerana segalanya nikmat

Wujudnya segala pendeta
Lahirnya angkatan ulama
Adanya wali mulia
Tegaknya guru setia
YA TUHAN HARUS DISEMBAH
kamu mengajarkan kami menyembah tuhan
Tapi yang mana tuhan kamu ajarkan kami sembah?
Kamu mendidik kami membaca kitab
Tapi yang mana kitab kamu didik kami baca?
Kamu dakwahkan kami menutup cela
Tapi yang mana cela kamu dakwahkan untuk ditutup?

Tidak perlu kamu menjaga tuhan menciptakan
Jagalah hati yang tuhan ciptakan
Tidak perlu juga menjaga tuhan diciptakan
Jagalah perkara yang menciptakannya
Percayalah
Manusia sesat antara dua Tuhan.

Monday 20 October 2014

Pengenalan Teori Kesederhanaan Oleh Firasastra







Teori adalah bidang ilmu yang mengkaji dan meneliti sifat-sifat dalam teks kesusasteraan yang berkaitan dengan teori itu sendiri.Teori ini dianggap sebagai anggapan terhadap sesuatu fenomena dalam karya itu sendiri.Dengan adanya teori ini maka boleh dikatakan sebagai pegangan atau prinsip kepada pengkaji mahupun penulis itu sendiri.Disini saya sebagai penulis yang mengkaji sifat serta fenomena karya sastera melayu telah melahirkan gagasan idea dalam pemikiran saya iaitu Teori Kesederhanaan.


Pengenalan.

Teori kesederhanaan sememangnya berpegang pada prinsip kesederhaan dalam berkarya atau sifat penulis itu sendiri.Teori ini lahir setelah melihat aspek penulisan,bahasa,serta struktur karya sastera dari permulaan kemasukan sastera ke alam melayu.Teori ini juga boleh dikenali sebagai teori 7P berdasarkan pegangan 7 prinsip utama yang mengambarkan kesederhanaan dalam berkarya atau menulis karya.

Prinsip-Prinsip Teori Kesederhanaan (7P)

1.Pengadaptasian (Adoption)

-Sesebuah karya sastera seperti puisi tidak mampu berdiri sendirian dan perlu ada pengadaptasian bagi menjadikan sesebuah karya itu bersifat terbuka dan fleksibel.Puisi boleh diadaptasi kepada Prosa,syair boleh diadaptasi kepada drama,dan banyak lagi.

2.Pemendekkan (Sinoption)

-untuk menyampaikan idea dalam penulisan,sesetengah penulis mengarang sehingga beratus-ratus muka surat bagi menyampaikan pemikiran mereka.Bagi teori ini semua itu tidak perlu dalam berkarya kerana sesebuah karya boleh dipendekkan dan perkara yang paling penting adalah penyampaian idea dalam karya.Penulisan yang relevan adalah cerpen berbanding novel kerana novel memerlukan jalan cerita yang panjang.

3.Penarikan (Attraction)

-Karya yang hebat adalah karya yang mampu menarik perhatian pembaca untuk menghayati kisah dalam karya.Unsur penarikan yang dimaksudakan ialah Konflik dalam karya sastera serta pengakhiranya.Sesebuah karya hanya memerlukan satu konflik dan satu pengakhiran bagi konflik tersebut bagi melengkapkan penulisan mereka.

4.Pemulauan Hyper (hyper Boycottion)

-Dalam penulisan,ada satu gaya bahasa yang disebut sebagai hiperbola iaitu perbandingan yang melampau-lampau.Dalam penulisan ianya dianggap indah tapi bagi sesetengah individu perbandingan sedemikian tidak perlu kerana kesederhanaan dalam berjkarya itu penting bagi mencapai tahap penulisan baik.Terdapat juga penggunaan diksi atau kata yang jarang digunakan dalam penulisan terutama dalam penulisan puisi.Apabila diksi atau kata ini hadir maka menyukarkan pembaca untuk memahami keseluruhan ayat.Puisi yang baik tidak semestinya bergantung pada diksi yang unik tapi susunan ayat yang beranalogi lebih melahirkan makna dalam diri pembaca.

5.Penyatuan (Combination)

-Dalam penulisan puisi mahupun prosa.Pelbagai aspek perlu diambil kira dan dikaji bagi melahirkan karya yang bermutu.Dalam puisi banyak menyatukan kata dan bahasa kemudian disatukan pula dengan unsur alam dan akhirnya kepada penyatuan perasaan penulis itu sendiri.Hal ini menjadikan sesebuah karya itu begitu mendalam maknanya dan indah bahasanya.

6.Pemurnian Struktur (strukturtisme)

-Penulisan karya melayu lama seperti Sulalatus salatin,Hikayat Hang Tuah,Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya mempunyai struktur atau gaya penulisan bersifat kemelayuan dan kepahlawanan yang unggul.Hal ini melambangkan keperibadian teks itu sendiri.Misalnya dimulai dengan kalimah Bismillah,diselitkan puisi tradisional.Unsur ini melambangkan sifat rendah diri penulis itu sendiri.Pemurnian yang dimaksudkan juga adalah mengenai latar dan nama watak seharusnya asli dalam kalangan masyarakat melayu bagi mengambarkan keperidian masyarakat melayu itu sendiri tanpa sebarang unsur penjajahan dan penaklukan.

7.Pengaruh Psikologi (Impression)

-Karya juga bersifat seperti manusia iaitu terdapat pengaruhnya yang tersendiri.Dalam teori kesederhanaan pengaruh psikologi yang dimaksudkan ialah bagaimana sesebuah karya itu dapat memahami naluri pembaca serta perasaan pembaca hingga melahirkan keinsafan.Nilai murni dan kesederhanaan dalam menulis itu penting dalam penyampaian kerana ianya adalah cara dakwah yang efektif.Begitu juga dengan karya,nasihat atau teguran perlulah disamapaikan secara lemah lembut agar tidak menguris hati pembaca malah menarik minat untuk mendalami makna dalam karya itu sendiri.


Berikut merupakan 7 prinsip yang telah saya teliti sebagai kekuatan dalam teori Kesederhaan.Diharapakn teori ini dapat berkembang dan dijadikan gagasan idea untuk mendalami fenomena karya sastera.



Pengasas: FiraSastra

Saturday 6 September 2014

CERPEN : Perjalanan Air Mata Hazwani By Pungguk Putih





    Bingit suasana di sebuah sekolah pada saat loceng terakhir berbunyi menandakan sesi pembelajaran pada hari itu tamat dan masing-masing bergegas dengan beg dan buku untuk dibawa pulang.Lain pula ceritanya dengan Hazwani,Munirah,dan Rahimah kerana mereka telah bercadang untuk megulangkaji pelajaran di perpustakaan sekolah memandangkan peperiksaan Percubaan SPM hampir tiba.Munirah datang tergesa-gesa memegang bahu Hazwani “Wani..aku nak pegi makan dulu,kau tunggu aku kat library ngan Imah,ok?”pesannya pada Wani..”Emm..yela,jangan tak datang plak”balas wani.Selalunya Munirah terus pergi ke perpustakaan bersama-sama,tapi pada hari itu tingkah laku Munirah sedikit menimbulkan kehairanan di fikiran Hazwani dan Rahimah.
Di dalam perpustakaan Hazwani dan Rahimah masing-masing mencari buku rujukan mereka di rak perpustakaan,mereka begitu tekun dan berazam ingin dapat keputusan cemerlang nanti.Hazwani terbelek-belek mencari buku rujukan Biologi namun tiba-tiba terjumpa buku Cord Gitar,Wani sememangnya ingin menjadi penyanyi dan minat dengan muzik,tapi akibat terikat dengan hasrat ibunya yang ingin melihat Hazwani menjadi seorang Doktor,dia mengikut saja haluan ibunya itu.Hazwani hanya mampu mengusap sahaja buku muzik itu kerana dia tahu impian dia harus dikuburkan.Mereka duduk di meja paling belakang kerana di situ tempat mereka selalu berbincang.Hampir dua jam mereka berbincang,tapi bayang-bayang Munirah tak juga kelihatan,Mereka mula risau.Rahimah cuba mengeluarkan telefon bimbitnya secara senyap untuk menelefon Munirah di dalam perpustakaan tapi dikesan oleh salah seorang pengawas perpustakaan dan Rahimah hanya mampu tersengih sahaja apabila perbuatannya itu diperhatikan.”Hishh..mana si Munirah ni pergi..tak pernah pulak dia buat hal macam nih,adoiii”keluh Rahimah,”Aku rasa dia ada hal kat rumah dia kot..manala tahu..biar  je la”kata Hazwani “eh,aku nak tidur kejap nih,kau jangan lupa kejutkan aku tau”sambung Hazwani lagi,”Ermm..okey..okey”balas Rahimah.Hazwani selalunya akan tidur dalam tempoh setengah jam untuk merehatkan otaknya,Munirah dan Rahimah akan berperanan untuk mengejutkannya setelah setengah jam.
Hazwani tersedar namun dia juga mula menyedari tiada seorang pun di dalam perpustakaan pada masa itu termasuklah Rahimah kawannya.Jam ditangannya menunjukkan pukul 6.30 petang dan Hazwani amat kelam kabut mengemaskan barang-barangnya untuk pulang,dia meletakkan semua buku-bukunya dalam beg dan apabila berpaling tiba-tiba hanya ada seorang lelaki berdiri dipintu masuk perpustakaan dan tersengih sinis ke arahnya.Hazwani mula gelisah dan takut,namun dia cuba menuju ke muka pintu dalam keadaan tenang tapi pintu berkunci.”Sayang….”lelaki tadi menegur Hazwani sambil menunjukkan kunci pintu kepada Hazwani.”Hei,kau nak apa nih?”tanya Hazwani dengan perasaan yang marah namun pertanyaan hazwani tidak diendahkan dan lelaki tadi terus menerkam Hazwani hingga buku dan beg Hazwani jatuh ke lantai.Hazwani cuba melawan dan meminta tolong namun semua itu sia-sia kerana keseluruhan perpustakaan pada ketika itu telah berkunci dan tambahan pula perpustakaan itu jauh terpencil dari pandangan orang awam.Mulut Hazwani ditutup dengan tangan lelaki tadi kerana Hazwani cuba memekik.Hazwani kemudian mengigit tangan lelaki tadi menyebabkan lelaki itu bertambah marah lalu menampar dan menumbuk Hazwani berkali-kali.Hazwani akhirnya longlai dan lemah.Dia sedar diheret ke sebuah bilik di perpustakaan dan pada hari itu menjadi sebuah detik hitam dalam hidup Hazwani apabila dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali.
Hazwani berjalan lemah ke pintu masuk utama sekolah dan mencari sebuah pondok telefon untuk menghubungi ibunya agar datang menjemputnya.Dalam keadaan menangis dia menyuruh ibunya datang menjemputnya segera.Puan Gayah ibu kepada Hazwani datang tergesa-gesa dengan kereta kerana dia tahu ada sesuatu terjadi pada anaknya itu.Dalam gelap malam,Puan gayah ternampak anaknya Hazwani yang masih berbaju sekolah terduduk di tepi pintu pagar sekolah.”Wani..!!”Puan Gayah memanggil sejurus tiba di hadapan anaknya itu dan Hazwani masuk dalam keadaan yang amat menyedihkan.”kenapa ni?apa dah terjadi?kenapa lewat malam macam ni baru balik?”Tanya Puan Gayah kerisauan,,namun Hazwani seperti takut untuk menceritakan apa yang tealh terjadi kerana dia tahu ibunya seorang yang tegas dan garang..”Wani!!Ibu tanya..apa yang dah terjadi?..kalau terus menangis sampai bila..”
“Wani kena rogol Ibu”wani terus mencelah percakapan ibunya menyebabkan ibunya tergamam dan terus memberhentikan kereta di tepi jalan”apa?apa wani cakap nih?kenapa?”Puan Gayah seolah-olah tidak percaya dengan hal yang menimpa anaknya,”Wani tak tahu ibu..wani tak tahu semua ni jadi macam mana..”jelas Hazwani dalam keadaan menangis teresak-esak..”Kita report polis Bu..wani buntu..kita report polis ya Ibu?’Pinta Hazwani pada ibunya..”Hah??tak..tak..Ibu tak nak orang tahu pasal semua nih,orang tak boleh tahu”.Puan Gayah tidak mahu mendapat malu akibat hal yang telah menimpa anaknya itu,memandangkan dia seorang yang disegani sebagai Dekan Fakulti di Universiti Pendidikan sultan Idris,dia tidak mahu perkara itu menjejaskan reputasinya.”Habis tu?Ibu nak biar Wani teraniaya tanpa keadilan?”rintih Hazwani yang kecewa dengan keputusan Ibunya,”Baik kita diam saja Wani,anggap semua ni tak pernah berlaku”tegas Puan Gayah.Wani terus menangis kerana kehormatannya ternoda tanpa pembelaan.
Keesokkan harinya,Hazwani pergi ke sekolah seperti biasa dan terus bertemu Munirah serta Rahimah lalu menceritakan perkara hitam yang telah menimpanya kelmarin.Hal itu menyebabkan Munirah dan Rahimah mula renggang dengan Hazwani pada hari-hari berikutnya.Hazwani mungkin merasakan kawan-kawannya malu untuk terus berteman dengannya setelah mereka tahu hal yang sebenar.
Beberapa bulan kemudian,setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dikeluarkan,Hazwani sudah tahu bahawa keputusan peperiksaanya akan buruk kerana dia merasakan semangatnya untuk terus belajar mula hilang.Puan Gayah yang mengetahui keputusan peperiksaan Hazwani yang teruk amat kecewa dan marah kerana Hazwani tidak mungkin menjadi Doktor dengan keputusan yang sebegitu teruk namun Puan Gayah akan cuba menghantar Hazwani sebagai pelajar Diploma Sains Di Universiti pendidikan Sultan Idris.”ibu mungkin tak dapat tengok wani jadi Doktor tapi mulai sekarang ibu nak Wani belajar bersungguh-sungguh dan menjadi guru yang mengajar murid untuk menjadi Doktor”pesan Puan Gayah untuk Hazwani.
Pada suatu petang,Hazwani dibawa ibunya ke pejabat Dekan Fakulti untuk menyelesaikan urusan pendaftaran sebagai pelajar Diploma di UPSI.Disitu juga Hazwani telah berkenalan dengan pembantu tetap ibunya iaitu En.Hamdan.En.Hamdan telah bekerja sebagai pembantu dekan selama 12 tahun di sana dan dalam usia 32 tahun,dia masih bujang dan belum mempunyai seorang teman wanita sekalipun.Hazwani ditinggalkan bersama En.Hamdan memandangkan Puan Gayah mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan.”nak panggil apa ni?Hazwani?”tanya En.Hamdan,”owhh..panggil Wani je,dan…Abang?”jawab Hazwani sambil membalas balik pertanyaan En.Hamdan sebentar tadi”Abang???..”En.Hamdan mula gelisah memandangkan belum pernah ada wanita yang memanggilnya dengan panggilan abang sebelum ini.Walaupun Hazwani jauh lebih muda daripadanya namun perkenalan mereka pada hari itu menyebabkan mereka menjadi semakin rapat,begitu juga dengan Hazwani yang turut selesa bergaul dengan En.Hamdan.Hubungan mereka berdua menjadi semakin intim sehingga mereka keluar setiap malam seperti pasangan kekasih.Setiap malam En.Hamdan akan menjemput Hazwani di Kolej tanpa pengetahuan Puan Gayah kerana hubungan mereka semestinya tidak disukai oleh Pn.Gayah.
Sejak perkenalan Hazwani dengan En.Hamdan sepanjang pengajian,Hazwani merasakan dia lebih selesa bergaul dengan lelaki berbanding berkawan dengan perempuan.Bagi Hazwani,Perempuan hanya baik di depan tapi di belakang fitnah dan cakap bukan-bukan dan lelaki pula baginya tidak hipokrit dan lebih Open Minded.
Masuk tahun pertama,Hazwani telah berjumpa dengan Ikmal seorang pelajar Fakulti Muzik.Ikmal seorang yang Kaki perempuan tapi Hazwani tidak menghiraukannya kerana Ikmal selalu membawa Hazwani ke bilik Jamming bersama rakan-rakan Ikmal yang lain.Disana Hazwani akan melepaskan tekanannya melalui nyanyian.Tidak dinafikan suara Hazwani mampu memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.Setiap hujung minggu,Hazwani akan pergi ke bilik Jamming bersama Ikmal tanpa pengetahuan Puan Gayah kerana Hazwani tahu ibunya tidak akan membenarkan Hazwani terlibat dengan sebarang aktiviti melibatkan Muzik.En.hamdan yang mengetahui Hazwani selalu ke bilik  Jamming bersama Ikmal pula tidak kisah kerana Ikmal adalah adik kepada En.Hamdan.En.Hamdan percaya Ikmal boleh menjaga bakal kakak iparnya.Sebenarnya,hubungan Ikmal dengan Hazwani juga begitu rapat sekali sehinggakan pada suatu malam mereka telah terlanjur di dalam bilik jamming tanpa pengetahuan En.Hamdan iaitu abang Ikmal sendiri.Ikmal juga telah mendapat tahu yang Hazwani sememangnya juga telah terlanjur dengan abangnya iaitu Hamdan dan hal itu tidak merunsingkan Ikmal kerana dia tidak cintakan Hazwani sebaliknya memang telah lama menyimpan niat untuk meniduri bakal kakak iparnya itu.Hazwani pula tidak kisah semua itu terjadi dalam hidupnya kerana bagi dia semua itu sudah tiada maknanya lagi,tiada apa lagi yang perlu dijaga.
 Masuk tahun kedua,Hazwani terpaksa tinggal di rumah sewa kerana Kolej kediaman di sana terpaksa membuang ramai pelajar lama untuk kemasukan pelajar-pelajar baharu.Pada ketika ini Hazwani mula mengenali Ikhwan ketika Ikhwan datang untuk membaiki lampu dapur rumah sewa Hazwani yang rosak.Ikhwan merupakan pelajar Jurusan Pendidikan Vokasional di UPSI,jadi sebab itu dia banyak mengetahui hal-hal yang berkaitan litar dan eletrik.Semenjak daripada itu,Hazwani semakin rapat dengan Ikhwan tapi Ikhwan hanya menganggap Hazwani sebagai seorang adik sahaja dan Hazwani menyedari Ikhwan seorang lelaki yang baik dan sangat Prihatin tentang Hazwani.Pernah sekali Ikhwan memukul seorang lelaki yang sering menggangu Hazwani ketika pulang dari kuliah.
Seperti biasa,pada setiap hujung minggu,Hazwani akan pergi ke bilik jamming untuk menyanyi dan bermain muzik tapi kali ini dia ditemani En.Hamdan kerana En.Hamdan menyatakan keinginannya untuk melihat nyanyian Hazwani sendiri di depan mata.En.Hamdan amat terpegun dan suka melihat nyanyian teman wanitanya itu.Tiba-tiba,keasyikannya melihat nyanyian Hazwani tersentak dengan bunyian nada mesej telefon Hazwani di atas meja.Dia melihat seorang pesanan mesej yang dihantar dari seorang lelaki bernama Abang Ikhwan dan kandungan mesej “Jaga diri elok-elok,Miss you”.Kandungan mesej itu menyebabkan En.Hamdan mencurigai Hazwani walaupun mesej itu biasa dihantar oleh Ikhwan kepada adik angkatnya itu.En.Hamdan termenung jauh namun membiarkan saja fikirannya itu.Dia amat menyanyangi dan mempercayai Hazwani.Setelah En.Hamdan menghantar Hazwani pulang ke rumah sewanya dia terus pulang namun En.Hamdan terkejut apabila sampai dirumahnya setelah melihat adiknya Ikmal membawa masuk perempuan lain ke dalam rumahnya.”apa ni Mal?kau buat maksiat dalam rumah aku?..kau berambus sekarang Mal..Berambus!!”Tenking En.Hamdan dengan penuh kemarahan..”Rilek ar bang..macamla abang tak pernah buat maksiat..”sindir Ikmal terhadap abangnya..”apa maksud kau nih Mal?kau ingat aku playboy macam kau ke hah?”En.Hamdan terus memarahi adiknya,mereka terus bertengkar sehingga Ikmal membocorkan rahsia ketelanjuran abangnya dan dirinya sendiri bersama Hazwani.hal itu menyebabkan En.Hamdan tidak mampu berkata apa-apa dan terduduk kebingungan.Ikmal pula yang marah dengan abangnya terus meninggalkan rumah bersama perempuan yang dibawanya masuk ke rumah tadi.Tanpa berfikir lagi,En.Hamdan menelefon Hazwani dan memutuskan hubungannya dengan Hazwani dengan penuh rasa berat hati.Hazwani yang tidak tahu apa-apa tentang keputusan En.Hamdan begitu sebak dengan apa yang telah terjadi.Walaupun tidak pernah timbul perasaan cintanya terhadap En.Hamdan tapi dia amat menyayangi En.Hamdan sebagai lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya.Perasaan sedih bercampur kecewa itu ingin dia ungkapkan dan luahkan pada abang angkatnya iaitu Ikhwan.namun setelah menelefon Ikhwan,Ikhwan telah bertolak ke jepun kerana mengikuti program Pertukaran pelajar selama satu semester atau enam bulan.Hazwani semakin buntu,tiada lagi tempat untuk dia mengadu.Rakan serumahnya pula memang tidak pernah diajak berbual sejak dari duduk serumah lagi kerana memang Hazwani tidak selesa dan benci berkawan dengan perempuan.
Hazwani keluar berjoging berseorangan di Tasik proton City kerana joging adalah aktiviti yang dilakukannya untuk melepaskan stress selain daripada menyanyi di bilik jamming.Setelah penat,dia akan berehat di tebing tasik dan memandang ke arah matahari terbenam sambil memikirkan masalah yang menimpa dirinya.Lamunan Hazwani terhenti akibat mendapat panggilan daripada ibunya iaitu Puan Gayah yang menyuruh Hazwani untuk datang ke pejabatnya pagi esok.Hazwani serba salah dengan pelawaan ibunya kerana di pejabat itu dia akan berjumpa dan berhadapan dengan En.Hamdan.
Keesokan harinya Hazwani pergi ke pejabat Ibunya dan seperti yang dijangka dia akan terserempak dengan En.Hamdan yang pada ketika itu baru keluar dari bilik Ibunya selepas menandatangani beberapa dokumen dan kertas kerja pelajar.Namun,mereka berdua dingin sahaja dan seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa antara mereka.Hazwani terus masuk ke bilik ibunya dan duduk di kerusi.”Ada apa Ibu panggil wani?”tanya Hazwani pada ibunya,”begini wani,Ibu dah aturkan practikal Wani sem depan di sekolah kenalan ibu,dia guru besar di sana dan di sana nanti wani akan mudah lulus practikal,macam mana?jelas ibunya kegembiraan.”wani tak kisah ibu praktikal kat mana-mana,tapi kat mana sekolah tu Bu?jauh tak?”wani tertanya,”hmm..takdela jauh,kat Bentong,Pahang tu je”jelas ibunya lagi.
  Setelah tamat peperiksaan akhir semester empat,Hazwani telah diberikan sebuah kereta Proton Saga FLX oleh ibunya untuk memudahkan urusan praktikal Hazwani nanti.Dua minggu bercuti Hazwani terus melapor diri sebagai guru praktikal di Sekolah Rendah Bentong sebagai guru sains.Hari pertama Hazwani di sana telah menimbulkan masalah apabila dia gagal mengendalikan keretanya dengan baik lalu menghempuh salah sebuah kereta milik guru lain.”alamak…maaf.maaf…maaf cikgu saya tak sengaja..”Hazwani keluar meminta maaf dalam kedaan kelam kabut dan panik namun guru lelaki yang dilanggar keretanya keluar dan hanya mampu tersenyum dengan telatah Hazwani kerana lelaki itu seakan-akan kenal dengan Hazwani.”Si Pendek”ungkapan guru itu membuatkan Hazwani terkejut sedikit,”Hah?maafkan saya?cikgu cakap apa tadi?”Hazwani kebingungan dan inginkan kepastian,”Hei..pendek..ini akulah Syamir..Donald Duck?tak ingat?”.Hazwani menjadi semakin pelik dan cuba merenungi wajah guru lelaki itu dalam-dalam.Akhirnya barulah dia teringat bahawa guru lelaki itu adalah kawan lamanya semasa belajar Di MRSM dahulu.Setelah tamat peperiksaan PMR,Syamir terpaksa berpindah ke sekolah harian biasa akibat keputusan peperiksaan yang tidak melayakkan beliau.Hazwani pula berpindah ke sekolah harian biasa kerana mengikut ibunya yang pada ketika itu masih belajar PHD di Universiti Malaya.Mereka kemudian masing-masing menceritakan pengalaman yang berlaku selepas keluar MRSM dan Syamir menyatakan bahawa dia baru setahun bekerja sebagai guru muzik di sekolah tersebut.panggilan “Pendek” dan “Donald Duck” adalah gelaran yang mereka pakai ketika zaman MRSM dulu.Sejak dari itu Syamir menjadi teman rapat Hazwani.
Hazwani mengajak syamir untuk berjoging di satu petang untuk menghilangkan stress di samping meluahkan masalahnya dengan Syamir.Mereka kemudian terduduk di salah sebuah bangku di Taman Rekreasi setelah penat berjoging.”Huhh..kuak jugak kau joging Pendek,benda apa kau makan?”usik Syamir termengah-mengah kepenatan,”Takdela..aku memang selalu joging masa belajar dekat UPSI,jadi rutin la kira,haha”jelas Hazwani.Perbualan mereka semakin dalam hingga kepada hal-hal peribadi dan Hazwani akhirnya menceritakan kisah hitam yang berlaku dalam hidupnya kepada Syamir dan Syamir amat terkejut dengan penjelasan masalah dan perkara yang menimpa Hazwani.Syamir pula menerangkan bahawa pada zaman MRSM dahulu,Syamir pernah mencintai seorang gadis namun tiada seorang pun pernah tahu siapa gadis itu.Alangkah terkejutnya Hazwani apabila Syamir menerangkan bahawa gadis yang dicintainya dahulu adalah dia sendiri.Sejak dari itu,Syamir dan Hazwani menjadi semakin rapat tambahan pula mereka bekerja disekolah yang sama.Beberapa bulan perkenalan,Hazwani tidak pernah merasakan perasaan bahagia bersama seorang lelaki.Syamir seorang yang sangat kelakar dan sentiasa membuat Hazwani tersenyum saat Hazwani berduka.Hazwani merasakan dia sudah jatuh cinta dengan Syamir.
Pada suatu malam,Syamir menelefon Hazwani dan mengajaknya berjoging pada petang besok kerana ada sesuatu perkara penting ingin disampaikan dan Hazwani bersetuju kerana dia juga ada perkara penting ingin memberitahu Syamir.Dalam perbualan telefon juga Syamir menyatakan bahawa dia ada mengubah sebuah lagu khas untuk Hazwani yang bertajuk “Walking Tears” atau apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu bertajuk “Perjalanan Air Mata,Hazwani”.Syamir tahu Hazwani pandai menyanyi dan dia memberi lagu itu untuk Hazwani serta lirik dan melodi untuk Hazwani nyanyikan sewaktu joging esok.Pada malam itu,Hazwani bertungkus-lumus menyesuaikan lirik lagu dan melodi ke dalam jiwanya untuk dia nyanyikan pada insan yang dia cintai esok.
Petang itu,Hazwani duduk di bangku biasa tempat mereka berehat sambil menunggu Syamir datang dengan perasaan berdebar-debar.”Assalamualaikum Wani”ada suara menyapanya dari belakang dan Hazwani tahu itu adalah suara Syamir,”Waa.laikum..”Bila berpaling,Hazwani sedikit terkejut melihat Syamir datang bersama seorang perempuan di sisinya..”datang pun,siapa ni?adik?”tanya Hazwani terketar-ketar”Wani,ni lah perkara penting aku nak beritahu,minggu depan aku nak lansungkan perkahwinan aku,ni lah tunang aku,Cikgu Laila”jelas Syamir,Cikgu Laila kemudian menghulur tangan tanda perkenalan dengan Hazwani dan Hazwani agak teragak-agak untuk menghulur tanganya setelah jiwanya hancur mendengar perkhabaran dari Syamir yang selama ini telah bertunang dan akan berkahwin.Hazwani cuba tersenyum walaupun sebak dah luka dihatinya hanya tuhan saja yang tahu.
Hazwani tidak dapat menahan air matanya,dia memberi alasan kepada Syamir untuk pulang ke rumah kerana ada hal penting.Dia terus berlari menuju ke arah kereta sambil Syamir cuba menhalangnya.Hazwani terus menangis di dalam kereta dan menyalahkan takdir atas apa yang telah menimpa dirinya.Hazwani semakin buntu dan tidak tahu bila perjalanan air matanya akan terhenti.

Tuesday 27 May 2014

DRAMA PENDEK:Rintihan Bawah Meja Karya FIraSastra



Bahagian 1
Latar pada kawasan temapat makan atau kafe disalah sebuah kolej kediaman Universiti Pendidikan sultan Idris.Mashitah seorang pelajar tahun dua di Universiti itu sedang makan bersama dua orang rakannya iaitu Najidah dan Puteri.Mereka sedang asyik berbual tentang topik pembelajaran sambil menikmati minuman petang.Sedang mereka berbual,tiba-tiba kedengaran bunyi kucing dari bawah meja tempat mereka duduk.

NAJIDAH:Eh,korang dengar bunyi tu?

PUTERI:Awwwww!(menjerit dalam keadaan terperanjat) kucing tu…

NAJIDAH:hahaha..kau ni Nad..kucing je kot..rilek arr…(ketawa dengan aksi Najidah)

MASHITAH:kucing tu lapar la..kesian aku tengok

PUTERI:eee..aku geli dengan kucingla..aku tak boleh dia dekat..

MASHITAH:Tapi kita tiada makanan nak bagi,air jer ada ni,kesiannya

Kucing::Miauuuu..(memandang Mashitah dengan renungan penuh harapan dan tahu niat murni Mashitah yang ingin menolongnya)


MASHITAH:ermm..korang tunggu sini kejap tau,aku nak pergi beli keropok untuk kucing ni,kesianla..

PUTERI&NAJIDAH:emm..yelaa..

MASHITAH:korang jaga kucing ni kejap tau(pesan Mashitah)

NAJIDAH:ye Mas..kami tengok..pegi je..

Sejurus itu,Mashitah pergi membelikan makanan untuk kucing tadi dan dalam masa beberapa minit,Mashitah kembali bersama sepaket keropok segera ditanganya unutk diberikan kepada kucing tadi.

MASHITAH:Eh?mana kucing tadi?korang tak nampak ke dia duduk mana?(Mashitah kehairanan)

NAJIDAH:Eh?hilangla..kami pun tak perasan bila kucing tu pergi..

PUTERI:yela Mas..kami sibuk bincang pasal kerja ni tadi..tak perasan pulak..biar je la..

Mashitah memandang sekeliling kafe namun bayangan kucing tadi telah hilang dan Mashitah sedikit kesal tak dapat memberikan makanan itu pada kucing tadi.


Bahagian 2
Latar pada suasana malam dibilik yang didiami oleh enam orang pelajar.Mashitah dan Puteri adalah teman sebilik dan masing-masing pada waktu itu sedang berurusan dengan komputer riba,Mashitah pada waktu itu sibuk melayari laman sosial dan ternampak gambar kucing pada salah satu status di laman sosial itu,puteri pula sedang menonton filem sambil tersengeh,dan kadang-kadang ketawa terbahak-bahak.Datang seorang housemate menegur mereka iaitu Fariha.

FARIHA:Assalamualaikum..korang tak tidur lagi ker..sibuk nampak…kau buat apa tu Mas?

MASHITAH:kau ni fariha..sibuk jer..nak online sikit pun kacau

FARIHA:salam aku tu jawab dulu,berdosa  tak jawab salam…

MASHITAH:Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh..Cik Fariha…

FARIHA:Alhamdulillah..Insaf jugak kau ni…yang sorang ni gelak sorang-sorang ni kenape?kelakar sangat ke cerita tu Puteri?

PUTERI: (sambil tidak putus ketawa)hahaha..kelakar siot cerita ni..hahaha..rugi kau tak tengok..hahaha

Mashitah dan Fariha masing-masing berpandangan sesama mereka dengan tingkah laku Puteri yang aneh sedikit,mereka mengelengkan kepala kerana sudah biasa dengan perangai Puteri yang sedemikian..

FARIHA:aku masuk tidur dulu lah Mas,seram pulak aku tengok si Puteri nih,harap kau dapat tidurla ek?(usik Fariha)

MASHITAH:yelah..jangan lupa kunci pintu nanti keluar,kalau bangun awal kejutkan aku jugak tau..

FARIHA:yeee..roger-roger(Sambil keluar dari bilik dan menutup pintu)

Tidak beberapa lama kemudian keadaan bilik menjadi sunyi,Puteri telah terlelap bersama komputer ribanya masih terbuka.Mashitah kemudian bingkas bangun dari kerusi dan berbaring di katilnya dan terlelap sama tidak lama selepas itu.Dalam tidur itu Mashitah bermimpi bertemu dengan kucing tadi dan boleh berkata-kata dengannya,”Bawalah aku tinggal bersamamu,aku akan hadirkan secebis kenangan indah untukmu”..kata –kata itu terngiang-ngiang di dalam mimpinya.

Bahagian 3
Latarnya hampir sama dengan bahagian 1 iaitu di kafe kolej kediaman.Kelihatan Mashitah dan Puteri masing-masing membawa pinggan hidangan yang mereka telah beli dan duduk dimeja yang sama tempat mereka berbincang kelmarin.setelah beberapa suapan mereka makan tiba-tiba kedengaran jeritan Najidah.

NAJIDAH:Woiii..tunggu..tunggu..maaf aku lambat,ada hal sikit tadi…(jelas najidah sambil termengah kepenatan)

MASHITAH:yelaa..kau memang selalu lambat..kan Puteri?

PUTERI:alah..kitorang tahu kau selalu ada hal dengan si Irsyad tu kan..faham sangat dah..hihi

NAJIDAH:tahu pon..tunggu aku kejap tau.aku pergi beli makanan jap..(Sambil berlalu pergi membeli makanan)

Mereka bertiga akhirnya makan bersama sambil Najidah tidak putus-putus menceritakan tentang kisahnya yang keluar bersama teman lelakinya iaitu Irsyad.Selesai makan mereka mengemaskan meja dan ingin berangkat pulang ke bilik.belum sampai selangkah mereka berjalan datang kucing kelmarin menghampiri kaki Mashitah sambil meminta makanan lagi

KUCING::Miauwww..Miauwww..(Rintihnya penuh pengharapan agar diberi sedikit belas)

MASHITAH:aku rasa ingin bawa balik kucing ni,aku nak pelihara..

PUTERI:Apa??(Terkejut)jangan weii..kau tahu aku takut kucing…lagipun dalam bilik kita dilarang pelihara kucing..salah weii..

NAJIDAH:yela kau ni Mas..tak payahla..nanti adala orang bagi tulang-tulang kat kucing ni..jom balik

MASHITAH:tapi aku rasa macam nak bela kucing ni,macam ada sesuatu yang menarik tentang kucing ni..

KUCING::Miuawww..Miauwww...(terus merintih)


PUTERI:Menarik apanya..semua kucing sama je..dahla..jom balik.aku nak mandi plak ni(Sambil menarik tangan Mas)

KUCING::Miauwww..Miauwww..Miauww..(tidak henti merintih,seakan ingin menyampaikan sesuatu)

Mashitah tidak tahan melihat renungan harapan dari kucing lalu melepaskan tangan Puteri dan mengambil kucing tersebut sambil membelainya.

PUTERI:kau ni dah kenapa Mas,hairanla aku…hishhh

MASHITAH:kalau kau tak suka,biar aku saja yang bela puteri..aku akan jaga..

Bahagian 4
Latar dibahagian bilik Mashitah dan puteri.Mas membawa masuk kucing yang baru dimandikan dan dibersihkannya ke dalam bilik.Pada waktu itu Puteri asyik membaca novel sambil berbaring di atas katil.Mashitah meletakkan kucing tersebut dalam satu kotak yang telah dialaskan dengan kain.

MASHITAH:Comel pulak kau bila dah mandi,memandangkan kau comel dan menawan..aku namakan kau..emmm..CUN..mulai sekarang aku panggil kau CUN..

KUCING::Miauwww..(tanda setuju)

PUTERI:Cun??apala kau ni Mas..kucing macam tu pon nak bagi nama,aduhai..

MASHITAH:habis tu takkan aku nak panggil KACAK pulak..ni kan kucing betina..kau ni..

PUTERI:jantan ke..betina ke..tu kucing je…tapi ingat Mas,kalau dia buat hal kat bilik ni..kencing ke..berak ke..kau tanggung,

MASHITAH:yeee…aku tahu..

Bahagian 5
Latar pada waktu pagi di luar rumah Mashitah dan Puteri kelihatan sedang mencari sebelah kasutnya yang hilang.puas dia mencari,membelek-belek rak dan sebagainya.dengan tidak disedari CUN datang menghampiri Puteri sambil membawa sebelah kasut Puteri dengan mengigit talinya..

KUCING::Miauwww..(menandakan ingin memberitahu dia telah menjumpai kasut Puteri)

PUTERI:Dasar binatang!!(tengking Puteri) kau bawa lari kasut aku ya,sebab kau aku lewat ke kelas..Ambik kau!!(sambil membalingkan sebelah kasut ke arah CUN)

Balingan itu mengenai sisi perut CUN,amat perit sekali rasanya..hanya CUN saja yang tahu sakitnya dihina sedemikian..CUN berlari ke dalam rumah dan menyorok di bawah katil tanpa disedari oleh Puteri..

PUTERI:mana kau lari hah??benci betul aku,kalau aku jumpa kau mampus aku kerjakan

CUN hanya terduduk sambil menahan kesakitan dibaling oleh Puteri tadi,hanya CUN yang tahu kasut tadi telah disorok oleh rakan serumah mereka iaitu Fariha yang selalu bergurau,tapi pada hari itu CUN menjadi mangsa kerana sikap benci Puteri pada kucing.Jeritan Puteri telah disedari Mashitah yang baru saja terbangun dari tidur.dalam keadaan masih mengantuk,Mashitah menuju keluar rumah,

MASHITAH:apa hal bising-bising ni Puteri?(sambil mengeliat)

PUTERI:Dahla,aku takda masa..dah lewat nak pergi kelas nih,

MASHITAH:hemm..yelahh..

Mashitah kemudiaan menutup pintu rumah dan mencari kucingnya CUN,

MASHITAH:CUN!!..CUN!!...(mencari sekitar rumah) CUN!!..(memeriksa dalam kotak)CUN!!

CUN::Miauww!!...(menyahut lemah)

MASHITAH:ooo..kat bawah ni kau rupanya..jom aku bagi kau makan ikan(sambil mencapai CUN di bawah katil)

Bahagian 6
Seluruh kawasan Universiti pada ketika itu dilanda hujan lebat.Puteri balik bersama Najidah dan Najidah terpaksa menumpang di bilik Puteri kerana rumahnya jauh dan dia hanya menumpang payung Puteri ketika balik tadi.

PUTERI:Assalamualaikum..Mas..Mas..bukak pintu Mas..(Jerit Puteri)

MASHITAH:ye..Waalaikumsalam..kejap..(sambil membuka pintu)..ooo Puteri..Nad pun ada skali?

NAJIDAH:ye la..kan hujan ni,rumah aku jauh..malas nak jalan.tumpang kejapla..

MASHITAH:yelah..boleh je..Masukla dulu..aku nak ambik kain aku kat bawah,nanti sidai lama-lama lembap pulak kena hujan..

PUTERI:okey..

Puteri dan Nad masuk ke dalam bilik mereka sambil mengigil kesejukkan,dengan tidak semena-mena,datang CUN menyambut kepulangan mereka

CUN::Miauww..Miauwww…(mendekati Puteri dan Nad)

PUTERI:binatang ni lagi..hishh..pergi main jauh-jauh(sambil menepis CUN dengan kaki)

CUN terduduk saja dibalik pintu melihat Puteri dan Nad mengeringkan diri dengan tuala,Puteri ingin duduk ke atas tilamnya tapi tiba-tiba dia ternampak tompokan basah di tilamnya.Dia mengesyaki itu adalah air kencing CUN..

PUTERI:Tak guna…..dasar binatang tak tahu untung..(sambil mencapai penyapu di balik pintu) kau memang nak mampus!!sebab itu kau tak patut hidup,menyusahkan orang..mampus kau..

CUN terus menerima pukulan demi pukulan dan tidak dapat melarikan diri kerana pintu rumah tertutup,hanya mampu menjerit kesakitan disiksa sedemikian

CUN:Miauww..Miauwwwwww…Miauwww..(pintanya tidak didengari lagi apatah lagi difahami)
Jeritan CUN didengari Fariha yang kemudian cuba menghalang Puteri dari terus memukul CUN,

FARIHA:sudah Puteri..apa kau buat ni..mengucap puteri..

PUTERI:ahhh..biar binatang ni mampus..mampusss…..

Mashitah pulang dan CUN terus berlari keluar dengan penuh kesakitan yang ditangunggnya.Mashitah pelik dengan tindakan CUN melarikan diri dan keluar begitu saja..

MASHITAH:kenapa dengan CUN tadi?apa dah jadi?(Tanya Mas kehairanan)

PUTERI:Semua ni salah kau Mas,kau yang bawak binatang tu masuk dan pelihara konon…tengok apa dia dah buat dengan katil aku..dasar binatang bodoh.

MASHITAH:katil kau?apa kaitanya dengan CUN?

NAJIDAH:kucing kau tu dah kencing atas tilam Puteri,manala puteri tak marah..

MASHITAH:Kencing??pasal katil kau basah tu ke?Astagfirullahalazim Puteri..itu tempias hujan dari 
tingkap,airnya terkena katil kau,tapi aku sempat tutop..masih terkena sedikit..sebab itu kau tuduh CUN?

PUTERI:ahh…binatang itu tetap menyusahkan..pagi tadi kasut aku dibuat mainannya..disoroknya..

FARIHA:aku yang menyorok kasut kau Puteri,maafkan aku..aku hanya ingin bergurau saja..mungkin guarauan aku menyusahkan kau..bukan salah CUN..(celah Fariha)

MASHITAH:kenapa kau benci sangat dengan CUN?(air mata Mas mula menitis sayu)..apa salah dia?apa dosa dia?aku kecewa dengan kau puteri..

Mas kemudian berlari pergi untuk mencari CUN,Puteri pula terduduk dan kayu yang dipegangnya terhempas ke lantai..air mata Puteri juga mengalir serta-merta mengenang perbuatannya memukul CUN selama ini..Fariha dan Najidah juga masing-masing kesal dan cuba menenangkan Puteri.Puteri kemudian bangun turut Mas mencari CUN.

Bahagian 7
Latar pada suasana persekitaran kolej,dalam keadaan masih hujan lebat,Mas menjerit dan memanggil 
CUN.sejurus kemudian datang juga Puteri,Nad,dan Fariha turut bersama mencari CUN dalam hujan..

MASHITAH:CUN!!!!..CUN!!
Puteri melangkah perlahan ke arah Mas dalam keadaan menangis dan penuh rasa kesal..

PUTERI:Mas..maaafkan aku…maafkan aku..(sambil teresak-esak menangis)

MASHITAH:kau carilah CUN dan minta maaflah dengan dia,bukan dengan aku
Dalam pada Puteri menangis,dia terpandang sekujur jasad kucing sepertinya CUN sedang terbaring tidak bermaya di sisi longkang.

PUTERI:Mas..itu CUN..(sambil menunjuk ke arah longkang)
Mereka semua kemudian meluru ke arah CUN,melihat keadaan CUN yang tidak bermaya..

MASHITAH:CUN!!...CUN…kenapa tinggalkan Mas CUN..janganla buat Mas susah hati CUN…jomla kita balik

CUN::miauwww……..(jawab CUN lemah dan tidak bermaya dengan tubuh dan bulunya basah kuyup)

PUTERI:Maafkan puteri CUN…(rayu puteri hingga tidak mampu berkata apa-apa dan terus menangis)

CUN::miauwww…miauwww..(lirikkan terakhir CUN menandakan dia telah memaafkan Puteri dan memohon maaf kerana menyusahkan mereka selama ini)

Selepas itu tiada lagi dengusan nafas CUN dan terus terdiam..Mas dan Puteri terduduk kesedihan melihat CUN pergi begitu saja.Nad dan Fariha turut sebak melihat keadaan itu hingga Nad berpaling ke arah lain menandakan tidak mampu melihat kesedihan yang dialami oleh rakan-rakanya.Mas kemudian berpaling pada Puteri,

MASHITAH:ingatlah Puteri..dalam dunia memang tiada binatang hidup seperti manusia,tapi dalam kehidupan manusia,terlalu banyak yang hidup seperti binatang..


Puteri terus menyesal dan menangis tidak henti dengan sikapnya terhadap CUN.