Sastera Melayu adalah untuk membina peradaban Melayu sebelum Melayu sendiri Meruntuhkannya.
Thursday, 24 April 2014
Pementasan Drama "Kata Perak"
Ini adalah penyebab mengapa FiraSastra jarang meluangkan masa untuk berkarya di blog ini.Drama Kata Perak merupakan hasil karya mahaguru saya iaitu Prof mana sikana yang telah memberi tugas sebagai pengarah drama ini kepada saya sendiri.Mungkin sesuatu yang hebat saya dapat belajar daripada mengarahkan drama ini.sesuatu pengalaman berharga bagi insan seni dalam dunia kesusasteraan melayu.Melalui tunjuk ajar Pengarah berpengalaman Khairul Hanafi banyak membantu bidang pengarahan saya.Beliau adalah seorang pelakon dan pengarah teater yang tidak asing lagi dalam bidang pengarahan drama di UPSI.
Drama ini julung kalinya mempunyai lagu tema atau Original Soundtrak(OST) yang ditulis oleh saya sendiri bertajuk "Kata Apa" dan telah dinyanyikan oleh penyanyi dari UPSI sendiri iaitu Syahmir.kepaduan suara dan alunan seni kata lagu amat sesuai dengan vokal penyanyi menjadikan lagu OST KATA PERAK semakin bermain dibibir peminat pementasan Kata Perak.
Para pelakon yang membintangi Drama ini tidak lain adalah dari kalangan pelajar yang mengambil kursus Drama dan Amali seni Lakon bagi tahun 2014.Seramai 193 orang ahli terlibat secara lansung dalam menjayakan drama ini.
Kata Perak "Kata Fitnah Kata Berpecah,Kata Perak Kata Bersama".Itu adalah moto bagi pementasan Drama ini yang ada maksud mendalam disebaliknya.Kata Fitnah merujuk kepada salah seorang watak antagonis yang mewujudkan kemurkaan Sultan.Kata Perak pula merupakan kata bersama antara Sultan dan Rakyat yang menjadikan pementasan ini penuh Konflik dan Dramatik.
Diharapkan penonton yang akan menghadiri pementasan ini dapat menyelami kisah Suka,kisah Cinta,Kisah Peperangan,Kisah Keinsafan,Kisah dendam,dan Kisah Tamak yang terdapat dalam Drama Ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment