Tuesday, 24 September 2013

Sastera Di Mata Masyarakat by Firasastra

SASTERA DI MATA MASYARAKAT

Bidang sastera pada masa kini semakin dipinggirkan kerana kurangnya minat golongan muda untuk mendalami bidang ini.Golongan muda lebih melibatkan diri terhadap bidang hiburan masa kini.Mereka juga seharusnya sedar bahawa hiburan masyarakat terdahulu adalah melalui sastera.Karya yang dihasilkan seperti cerita Lipur Lara,Sastera hikayat,Cerita dongeng dan sebagainya dihasilkan betujuan untuk menghiburkan masyarakat pada masa dahulu.

Mengapa Sastera itu penting dalam Masyarakat?
Bidang sastera seharusnya diangkat sebagai salah satu bidang yang setaraf dengan bidang sains kerana kepentinganya adalah sama.Bidang Sains adalah penting bagi Pembangunan tamadun bangsa tapi bidang sastera penting bagi menyedarkan sesuatu bangsa sebelum tamadun mereka runtuh.Karya sastera yang kebanyakkannya berunsur kritikan sememangya diadaptasi oleh sikap atau peristiwa yang berkait tentang sesuatu bangsa.Oleh hal yang demikian,bidang sastera seharusnya diberi perhatian dan peranan golongan muda pada masa kini amatlah penting bagi memartabatkan bidang sastera dimata dunia.

Tan Sri Diraja Hj Muhyiddin Bin Haji Yassin merangkap Timbalan perdana menteri Malaysia merupakan pemimpin yang telah mengangkat bidang kesusasteraan melayu.Beliau juga merupakan Panel pemilih Anugerah Sasterawan negara yang telah memberi anugerah tersebut kepada beberapa tokoh sasterawan tanah air seperti Ahmad kamil Abdullah (Kemala) dan Baha Zain.

Diharapkan apabila YAB Tan Sri menjadi Perdana Menteri Malaysia,bidang kesusasteraan akan diberi perhatian serius dan sekaligus mengangkat nama beliau sebagai Bapa Kesusasteraan Negara Malaysia.



No comments:

Post a Comment