Prof Madya Dr.Siti khariah Mohd Zubir
(Pensyarah UPSI)
TAJUK-TAJUK PERBINCANGAN
1.Apa itu teori Feminisme?
2.Sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi
3.Sumbangan dan perjuangan wanita dalam bidang
Politik
4.Peranan wanita dalam menjaga kebajikan,aktiviti
dan sosial masyarakat
5.Perjuangan Wanita dalam memartabatkan bidang
pendidikan
APA
ITU TEORI FEMINISME?
Bidang teori merupakan
bidang sastera yang tertinggi,Oleh hal yang demikian,melibatkan diri dalam
bidang teori meletakkan kita dalam ruang lingkup intelektual yang tinggi.Teori
merupakan pegangan kita dalam memperjelaskan tentang sesuatu bidang ilmu.Memahami
bidang teori itu sendiri membuatkan kita senantiasa tercabar dan pemahaman kita
terhadap ilmu kesusasteraan Melayu akan semaakin mendalam.
Feminisme merupakan
pendekatan teori yang diperkenalkan oleh masyarakat barat.Dalam kajian
sastera,pendekatan Feminisme bertujuan untuk memahami peranan,kedudukan dan
keterlibatan wanita dalam kesusasteraan.Terdapat pelbagai jenis kritikan
Feminisme dan antara yang paling popular adalah Feminisme Ginokritik yang
dipopularkan oleh Elaine Showalter.Kritikan ini menyusuri peranan wanita
sebagai pembaca(Women as reader and consumer) dan wanita sebagai penulis(women
as writer).
Dalam buku Feminisme Dalam Sastera Melayu yang
ditulis oleh Siti Khariah Mohd Zubir pula telah memperlihatakan peranan dan
perjuangan golongan wanita dari pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segi
pembangunan ekonomi,sosial mahupun keterlibatan wanita dalam politik negara.
SUMBANGAN
WANITA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI
Bidang ekonomi
merupakan bidang yang terpenting dalam pembangunan sesebuah negara.Di
Malaysia,ekonomi masyarakat Melayu terdahulu adalah bersasaskan ekonomi sara
diri yang urusan jual beli barang mengikut sistem barter.Dari segi penglibatan
golongan wanita dalam bidang keusahawanan tidak dapat dinafikan lagi.Menurut
kisah yang dimuatkan dalam karya Abdullah Munsyi menyatakan bahawa golongan
wanita di negeri Kelantan telah mempelopori dan menguasai bidang keusahawanan
dengan sejumlah besar orang yang berniaga di pasar adalah golongan wanita
manakala golongan lelaki pula dikatakan golongan yang malas bekerja.
Dalam islam pula,antara
tokoh yang paling terkenal sebagai seorang usahawan yang berjaya adalah isteri
Rasulullah S.A.W sendiri iaitu Saidatina Khadijah.Beliau merupakan seorang
usahawan yang paling kaya pada masa itu dan dihormati oleh masyarakat
setempat.Saiditina Khadijah seharusnya dijadikan Ikon usahawan wanita di
Malaysia untuk berjaya dan memberi sumbangan besar dalam bidang ekonomi
seterusnya dapat memperkembangkan ekonomi islam itu sendiri.
Dalam sastera Melayu
telah dapat kita lihat melalui watak Titik Hamidah dalam novel Jaringan Karya Rosmini Shaari.Titik
hamidah telah menyahut seruan agama islam yang menggalakkan keterlibatan
golongan wanita dalam bidang perniagaan.Beliau akhirnya menjadi seorang
usahawan yang berjaya dan bergelar Jutawan.
Sejak negara ini
mencapai kemerdekaan,pelbagai dasar-dasar ekonomi telah dilaksanakan seperti
Dasar Ekonomi baru(DEB) yang telah diperkenalkan oleh Bekas Perdana Menteri
kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1971.Dasar ini kemudiannya
telah menyuntik semangat pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam bidang
keusahawanan.Wanita sebenarnya aset negara yang penting bagi menjamin tahap
ekonomi negara sentiasa seimbang.
Buku Feminisme dalam Sastera Melayu membincang
serba sedikit mengenai Novel Menuju Ke
Puncak karya Zahara Zawawi.Novel ini berkenaan dengan seorang lagi watak
wanita korporat yang bercita-cita tinggi dalam membina empayar perniagaannya
sehingga berjaya iaitu kak Yam.Kak yam merupakan pemilik Restoran selesa dan
sifatnya disenangi oleh para pekerjanya.Perjuangan wanita ini bermula setelah
dia menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya.Restorannya terpaksa ditutp
kerana pekerjanya iaitu Omar sering mengambil wang hasil jualan Restoran.Kak
yam kemudian menjadi rakan kongsi Rohayu iaitu bekas pekerjannya dalam
perniagaan Kedai Dandanan rambut tetapi tersungkur juga kerana tidak mampu
membayar sewa kedai yang dinaikkan.Kak Yam tidak berputus asa dan akhirnya
melibatkan diri dalam perniagaan barangan antik dan menjadi ahli korporat yang
berjaya.
Sifat tidak kenal erti
serik yang ada pada Kak Yam sebenarnya ada pada setiap usahawan yang telah
mencipta nama.Minat serta usaha yang gigih merupakan kunci kepada sesebuah
kejayaan yang berjaya oleh golongan wanita dalam bidang perniagaan.
Kesimpulannya,Golongan
wanita dan bidang perniagaan bukanlah satu perkara yang asing,penglibatan
golongan wanita dalam memperkukuhkan ekonomi negara sejak zaman kemerdekaan
tidak akan terhenti dan mereka akan terus mara dalam memperkasakan bidang
ekonomi Malaysia.
SUMBANGAN
DAN PERJUAGAN WANITA DALAM BIDANG POLITIK
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk
sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan,
tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan
institusi lain.Dalam konteks sejarah pula,politik adalah salah satu ciri
menunjukkan sesuatu masyarakat yang mencapai tahap ketamadunan yang tinggi.Apabila
bercakap mengenai politik,ia berkait rapat dengan struktur organisasi dan dalam
satu organisasi mestilah mempunyai pemimpin.
Dalam perbincangan ini,Feminisme yang ingin dijelaskan adalah
peranan dan penglibatan golongan wanita dalam bidang politik di
Malaysia.Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,golongan wanita
secara tidak lansung lebih bergiat aktif dalam politik di Malaysia.Mengapa hal
demikian berlaku dan mengapa ia perlu?.Hal ini demikian kerana,golongan wanita
mula sedar mengenai peranan mereka terhadap masyarakat.Kebanyakkan penghuni
negara ini adalah golongan wanita dan seharusnya ada pemimpin yang mewakili
suara hati dan menjaga kebajikan kaum mereka kerana hanya mereka sahaja yang
memahami isi hati dan penderitaan yang dialami oleh kaum mereka.
Novel Senator Adila
karya Khadijah Hashim memaparkan tentang kisah seorang wanita yang bernama Dr.Adila
yang bergiat aktif dalam politik di Malaysia.Beliau aktif berpolitik bukan
kerana mahu disanjung tetapi beliau beperluang berbuat demikian dan atas dasar
dorongan datuknya.Citra seorang pemimpin adalah berbeza-beza mengikut cara
mereka berfikir,dalam novel ini,Senator Adila merupakan seorang pemimpin yang amat
mementingkan soal pendidikan rakyat.Buktinya beliau telah memperbaiki sistem
pendidikan dan menaik taraf Perspustakaan Kampung Bercam dengan idea pemikiran
lateralnya sehingga mendapat liputan media televisyen tempatan.Senator Adila
juga dikatakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana sering melancarkan
tabung kutipan derma untuk rakyat yang susah serta untuk pelajar-pelajar
miskin.Idea dan pemikiran pemimpin seperti Senator Adila adalah berdasarkan
syariat islam,Beliau akan membuat kajian terperinci dengan Pejabat Kadi atau
Biro bantuan Guaman sebelum membuat sesuatu dasar dan membentangkannya di
Parlimen.
PERANAN WANITA DALAM NGO
NGO atau Non Government
Organisation adalah mempunyai peranan yang amat penting dalam mengerakkan
pelbagai aktiviti berkebajikan atau bersifat kesukarelawanan dalam sesebuah
negara.Penglibatan golongan wanita dalam NGO di Malaysia sememangnya lebih
kepada menjaga kepentingan kaum mereka.
Antara NGO yang
berkaitan dengan kebajikan kaum wanita adalah Hal Ehwal Wanita(HAWA) dan Majlis
Penasihat Kebangsaan,Integrasi Wanita dalam Pembagunan(NACIWID).Pertubuhan ini
bertujuan untuk menasihati kerajaan dalam hal ehwal wanita dan pembagunan.Sepanjang
masa ini,sebanyak 220 NGO yang melibatkan wanita telah ditubuhkan di seluruh
negara.Hal ini menunjukkan bahawa golongan wanita amat menjaga dan
memperjuangkan kepentingan kaum mereka secara meluas dalam menjamin kestabilan
dan keamanan negara.
Antara tokoh yang
memperjuangkan gerakan wanita melalui NGO ialah Prof Datuk Sharifah Habsah Syed
Hassan Shahabudin iaitu Pengarah Pusat Akademik UKM merangkap Naib Yang
Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia(NCWO).Beliau
banyak membantu menangani masalah wanita terutama melibatkan penyediaan polisi
kebangsaan untuk wanita serta pelbagai undang-undang dalam menangani kes rogol
dan kekejaman rumah tangga.
PERANAN
WANITA DALAM MENJAGA AKTIVITI BERKEBAJIKAN DAN SOSIAL MASYARAKAT.
Wanita sememangnya
lahir dengan naluri keibuan dalam diri mereka.Oleh hal yang demikian,wanita
sememngnya prihatin dengan cara hidup serta kesusahan yang dialami oleh orang
lain terutama melibatkan kaum wanita itu sendiri.
Selain menjadi
pemimpin,Wanita juga boleh menjadi penyumbang kepada kejayaan orang lain.Wanita
merupakan tunjang kepada kejayaan seseorang lelaki.Oleh itu,peranan wanita
sebagai isteri adalah untuk menyokong perjuangan yang dilakukan oleh suami
mereka adalah amat penting.Contohnya seperti gambaran penulis melaui buku Feminisme dalam Sastera Melayu, Siti
Khariah menyatakan dalam novel Tengku
Menteri telah ditonjolkan dua watak wanita sebagai isteri iaitu Ngah Pura
dan Toh Puan Halimah.Kedua-dua watak ini digambarkan sebagai seorang isteri yang
solehah dan beradab sopan.Mereka juga dikatakan sebagai seorang isteri yang
penyayang dan menjadi tunjang kepada perjuangan suami masing-masing iaitu Long
Jaafar dan Ngah Ibrahim.
Wanita adalah ahli
masyarakat dan berperanan kepada ahli masyarakat yang lain.Wanita juga tidak
dapat mengelak daripada berhadapan dengan pelbagai tingkah laku dan masalah
sosial oleh manusia-manusia lain.Seperti yang digambarkan dalam novel Tengku Menteri yang mengambarkan watak
Ngah pura yang membantu ahli masyarakat lain dalam menyumbang tenaga di majlis
Kenduri al-Kikah.
AKTIVITI
BERKEBAJIKAN DAN SOSIAL MELALUI NGO
Penubuhan sesuatu NGO
sememangnya adalah untuk mengerakkan sesuatu aktiviti dalam masyarakat.Oleh hal
yang demikian,NGO yang melibatkan golongan wanita di negara ini adalah
bertujuan untuk melaksanakan aktiviti yang mampu melahirkan lebih ramai
golongan wanita yang mempunyai pemikiran minda kelas pertama..Kebanyakkan NGO
yang ditubuhkan mempunyai agenda mereka tersendiri dalam menjaga kebajikan
rakyat mahupun kaum wanita itu sendiri.Contohnya,Hal ehwal Wanita(HAWA)
ditubuhkan bertujuan untuk memajukan kepentingan kaum wanita sama ada
diperingkat kerajaan mahupun bukan kerajaan.Kepentingan pertubuhan wanita ini
telah banyak membantu melancarkan urusan politik dalam negara serta kestabilan
negara terjamin.
Kesimpulannya,Wanita
sememangnya berperanan penting dalam kehidupan bermasyarakat.Mereka banyak
membantu dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan kaum mereka yang akhirnya
mestabilkan keamanan negara.
PERJUANGAN
WANITA DALAM MEMARTABATKAN BIDANG PENDIDIKAN
Bidang Pendidikan
merupakan teras utama kepada kemajuan sesebuah negara.Malaysia amat
menitikberatkan soal pendidikan dalam memastikan keamanan serta kemajuan negara
yang diimpikan dapat dicapai.Hal ini terbukti apabila kerajaan telah
memperuntukkan bajet yang terbesar dalam pelaksanaan pembangunan pendidikan
negara pada setiap tahun.
Pada zaman penjajahan
atau sebelum kemerdekaan,pendidikan dalam kalangan wanita tidak dipandang
serius.hal ini kerana,golongan ini dianggap lemah dan hanya cukup sekadar duduk
di rumah sebagai seorang isteri.Sebaliknya berlaku setelah negara mencapai
kemerdekaan,melalui karya novel Senator
Adila telah memperlihatkan bagaimana wanita juga mampu berjaya dalam bidang
pendidikan.Adila lulus Doktor Falsafah di Universiti tempatan dalam bidang
perniagaan manakala Ijazah sarjana dari Amerika Syarikat.
Dr,Adila kemudiannya
menjadi pemimpin kepada ahli masyarakatnya dan bergelar senator Adila.Walaupun
berkelulusan dalam bidang perniagaan,Dr.Adila amat mementingkan soal pendidikan
rakyat.Buktinya dia telah berusaha untuk membaiki sistem pendidikan dan menaik
taraf Perpustakaan Kampung Bercam.
Perjuangan Senator
Adila dilihat sebagai usaha yang jarang dilakukan oleh kebanyakkan golongan
wanita di Malaysia.Beliau sebenarnya berpeluang untuk menjadi seorang pemimpin
dan bukannya semata-mata untuk mengejar nama mahupun pangkat.
KESIMPULAN
Perjuangan kaum wanita
dalam bidang politik,ekonomi,pendidikan,mahupun sosial bukan sahaja dapat
meningkatkan tahap kepimpinan mereka dalam menguruskan hal ehwal kaum wanita
itu sendiri malahan turut memberi sumbangan yang besar dalam pembagunan
negara.Sastera Melayu dilihat sebagai satu elemen yang memperjuangkan hak
wanita melalui penulisan yang akhirnya menjadi pembakar semangat kepada kaum
wanita untuk terus berjaya.Dalam sastera Melayu,Teori feminisme sememangnya
penting sebagai rujukan dalam penulisan karya-karya sastera yang bermutu
tinggi.Sememangnya golongan wanita mampu menjadi aset yang bernilai kepada
sesebuah negara dalam meningkatkan taraf hidup rakyat melalui idea pemikiran
lateral mereka.
No comments:
Post a Comment