Sunday, 27 October 2013

Sajak:Rintihan Sehelai Kelubung By FiraSastra





Dunia kini,
Aku dipuja dan dibangga,
aku diangkat dan dijulang,
gembiranya diriku pabila menghiasi tempat termulia.

diriku dibelai dengan pelbagai warna,
dilukis dengan bermacam kalam,
dikerah siang dan malam,
menemani wanita berbagai ragam
ragam berbudaya,ragam jelita dan ragam beragama
Wahhhhh!!!indahkah mereka atau aku yang mengindahkannya
dimana letakknya harga matlamatku?

sedih...sedih dengan para penjagaku,
melilit segala harta tapi kosong iman didada,
menutup segala cela tapi terdedah segala dusta,
aku hanya pembantu imanmu didunia,
usah kamu berbangga dengan upayaku,
kerna aku tidak mengikutmu 
walau ke dalam pusara emas ke hujung pusara dunia.

Aku hanya sehelai kelubung,
aku gembira, aku bahagia,
jika aku selalu menemani jihad para hawa,
jika aku mampu mendidik anak-anak penghias syurga,
kerna itu sebenarnya tugasku.

No comments:

Post a Comment