Bingit suasana di sebuah sekolah pada saat
loceng terakhir berbunyi menandakan sesi pembelajaran pada hari itu tamat dan
masing-masing bergegas dengan beg dan buku untuk dibawa pulang.Lain pula
ceritanya dengan Hazwani,Munirah,dan Rahimah kerana mereka telah bercadang
untuk megulangkaji pelajaran di perpustakaan sekolah memandangkan peperiksaan
Percubaan SPM hampir tiba.Munirah datang tergesa-gesa memegang bahu Hazwani
“Wani..aku nak pegi makan dulu,kau tunggu aku kat library ngan
Imah,ok?”pesannya pada Wani..”Emm..yela,jangan tak datang plak”balas wani.Selalunya
Munirah terus pergi ke perpustakaan bersama-sama,tapi pada hari itu tingkah
laku Munirah sedikit menimbulkan kehairanan di fikiran Hazwani dan Rahimah.
Di dalam perpustakaan Hazwani dan Rahimah masing-masing
mencari buku rujukan mereka di rak perpustakaan,mereka begitu tekun dan berazam
ingin dapat keputusan cemerlang nanti.Hazwani terbelek-belek mencari buku
rujukan Biologi namun tiba-tiba
terjumpa buku Cord Gitar,Wani
sememangnya ingin menjadi penyanyi dan minat dengan muzik,tapi akibat terikat
dengan hasrat ibunya yang ingin melihat Hazwani menjadi seorang Doktor,dia
mengikut saja haluan ibunya itu.Hazwani hanya mampu mengusap sahaja buku muzik
itu kerana dia tahu impian dia harus dikuburkan.Mereka duduk di meja paling
belakang kerana di situ tempat mereka selalu berbincang.Hampir dua jam mereka
berbincang,tapi bayang-bayang Munirah tak juga kelihatan,Mereka mula
risau.Rahimah cuba mengeluarkan telefon bimbitnya secara senyap untuk menelefon
Munirah di dalam perpustakaan tapi dikesan oleh salah seorang pengawas
perpustakaan dan Rahimah hanya mampu tersengih sahaja apabila perbuatannya itu
diperhatikan.”Hishh..mana si Munirah ni pergi..tak pernah pulak dia buat hal
macam nih,adoiii”keluh Rahimah,”Aku rasa dia ada hal kat rumah dia kot..manala
tahu..biar je la”kata Hazwani “eh,aku
nak tidur kejap nih,kau jangan lupa kejutkan aku tau”sambung Hazwani lagi,”Ermm..okey..okey”balas
Rahimah.Hazwani selalunya akan tidur dalam tempoh setengah jam untuk merehatkan
otaknya,Munirah dan Rahimah akan berperanan untuk mengejutkannya setelah
setengah jam.
Hazwani tersedar namun dia juga mula menyedari tiada
seorang pun di dalam perpustakaan pada masa itu termasuklah Rahimah
kawannya.Jam ditangannya menunjukkan pukul 6.30 petang dan Hazwani amat kelam
kabut mengemaskan barang-barangnya untuk pulang,dia meletakkan semua
buku-bukunya dalam beg dan apabila berpaling tiba-tiba hanya ada seorang lelaki
berdiri dipintu masuk perpustakaan dan tersengih sinis ke arahnya.Hazwani mula
gelisah dan takut,namun dia cuba menuju ke muka pintu dalam keadaan tenang tapi
pintu berkunci.”Sayang….”lelaki tadi menegur Hazwani sambil menunjukkan kunci
pintu kepada Hazwani.”Hei,kau nak apa nih?”tanya Hazwani dengan perasaan yang
marah namun pertanyaan hazwani tidak diendahkan dan lelaki tadi terus menerkam
Hazwani hingga buku dan beg Hazwani jatuh ke lantai.Hazwani cuba melawan dan
meminta tolong namun semua itu sia-sia kerana keseluruhan perpustakaan pada
ketika itu telah berkunci dan tambahan pula perpustakaan itu jauh terpencil
dari pandangan orang awam.Mulut Hazwani ditutup dengan tangan lelaki tadi
kerana Hazwani cuba memekik.Hazwani kemudian mengigit tangan lelaki tadi
menyebabkan lelaki itu bertambah marah lalu menampar dan menumbuk Hazwani
berkali-kali.Hazwani akhirnya longlai dan lemah.Dia sedar diheret ke sebuah
bilik di perpustakaan dan pada hari itu menjadi sebuah detik hitam dalam hidup
Hazwani apabila dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali.
Hazwani berjalan lemah ke pintu masuk utama sekolah
dan mencari sebuah pondok telefon untuk menghubungi ibunya agar datang
menjemputnya.Dalam keadaan menangis dia menyuruh ibunya datang menjemputnya
segera.Puan Gayah ibu kepada Hazwani datang tergesa-gesa dengan kereta kerana
dia tahu ada sesuatu terjadi pada anaknya itu.Dalam gelap malam,Puan gayah
ternampak anaknya Hazwani yang masih berbaju sekolah terduduk di tepi pintu
pagar sekolah.”Wani..!!”Puan Gayah memanggil sejurus tiba di hadapan anaknya
itu dan Hazwani masuk dalam keadaan yang amat menyedihkan.”kenapa ni?apa dah
terjadi?kenapa lewat malam macam ni baru balik?”Tanya Puan Gayah
kerisauan,,namun Hazwani seperti takut untuk menceritakan apa yang tealh
terjadi kerana dia tahu ibunya seorang yang tegas dan garang..”Wani!!Ibu
tanya..apa yang dah terjadi?..kalau terus menangis sampai bila..”
“Wani kena rogol Ibu”wani terus mencelah percakapan
ibunya menyebabkan ibunya tergamam dan terus memberhentikan kereta di tepi
jalan”apa?apa wani cakap nih?kenapa?”Puan Gayah seolah-olah tidak percaya
dengan hal yang menimpa anaknya,”Wani tak tahu ibu..wani tak tahu semua ni jadi
macam mana..”jelas Hazwani dalam keadaan menangis teresak-esak..”Kita report
polis Bu..wani buntu..kita report polis ya Ibu?’Pinta Hazwani pada
ibunya..”Hah??tak..tak..Ibu tak nak orang tahu pasal semua nih,orang tak boleh
tahu”.Puan Gayah tidak mahu mendapat malu akibat hal yang telah menimpa anaknya
itu,memandangkan dia seorang yang disegani sebagai Dekan Fakulti di Universiti
Pendidikan sultan Idris,dia tidak mahu perkara itu menjejaskan
reputasinya.”Habis tu?Ibu nak biar Wani teraniaya tanpa keadilan?”rintih
Hazwani yang kecewa dengan keputusan Ibunya,”Baik kita diam saja Wani,anggap
semua ni tak pernah berlaku”tegas Puan Gayah.Wani terus menangis kerana
kehormatannya ternoda tanpa pembelaan.
Keesokkan harinya,Hazwani pergi ke sekolah seperti
biasa dan terus bertemu Munirah serta Rahimah lalu menceritakan perkara hitam
yang telah menimpanya kelmarin.Hal itu menyebabkan Munirah dan Rahimah mula
renggang dengan Hazwani pada hari-hari berikutnya.Hazwani mungkin merasakan
kawan-kawannya malu untuk terus berteman dengannya setelah mereka tahu hal yang
sebenar.
Beberapa bulan kemudian,setelah keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia dikeluarkan,Hazwani sudah tahu bahawa keputusan
peperiksaanya akan buruk kerana dia merasakan semangatnya untuk terus belajar
mula hilang.Puan Gayah yang mengetahui keputusan peperiksaan Hazwani yang teruk
amat kecewa dan marah kerana Hazwani tidak mungkin menjadi Doktor dengan
keputusan yang sebegitu teruk namun Puan Gayah akan cuba menghantar Hazwani
sebagai pelajar Diploma Sains Di Universiti pendidikan Sultan Idris.”ibu
mungkin tak dapat tengok wani jadi Doktor tapi mulai sekarang ibu nak Wani
belajar bersungguh-sungguh dan menjadi guru yang mengajar murid untuk menjadi
Doktor”pesan Puan Gayah untuk Hazwani.
Pada suatu petang,Hazwani dibawa ibunya ke pejabat
Dekan Fakulti untuk menyelesaikan urusan pendaftaran sebagai pelajar Diploma di
UPSI.Disitu juga Hazwani telah berkenalan dengan pembantu tetap ibunya iaitu
En.Hamdan.En.Hamdan telah bekerja sebagai pembantu dekan selama 12 tahun di
sana dan dalam usia 32 tahun,dia masih bujang dan belum mempunyai seorang teman
wanita sekalipun.Hazwani ditinggalkan bersama En.Hamdan memandangkan Puan Gayah
mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan.”nak panggil apa
ni?Hazwani?”tanya En.Hamdan,”owhh..panggil Wani je,dan…Abang?”jawab Hazwani
sambil membalas balik pertanyaan En.Hamdan sebentar tadi”Abang???..”En.Hamdan
mula gelisah memandangkan belum pernah ada wanita yang memanggilnya dengan
panggilan abang sebelum ini.Walaupun Hazwani jauh lebih muda daripadanya namun
perkenalan mereka pada hari itu menyebabkan mereka menjadi semakin rapat,begitu
juga dengan Hazwani yang turut selesa bergaul dengan En.Hamdan.Hubungan mereka
berdua menjadi semakin intim sehingga mereka keluar setiap malam seperti
pasangan kekasih.Setiap malam En.Hamdan akan menjemput Hazwani di Kolej tanpa
pengetahuan Puan Gayah kerana hubungan mereka semestinya tidak disukai oleh
Pn.Gayah.
Sejak perkenalan Hazwani dengan En.Hamdan sepanjang
pengajian,Hazwani merasakan dia lebih selesa bergaul dengan lelaki berbanding
berkawan dengan perempuan.Bagi Hazwani,Perempuan hanya baik di depan tapi di
belakang fitnah dan cakap bukan-bukan dan lelaki pula baginya tidak hipokrit
dan lebih Open Minded.
Masuk tahun pertama,Hazwani telah berjumpa dengan
Ikmal seorang pelajar Fakulti Muzik.Ikmal seorang yang Kaki perempuan tapi
Hazwani tidak menghiraukannya kerana Ikmal selalu membawa Hazwani ke bilik Jamming bersama rakan-rakan Ikmal yang
lain.Disana Hazwani akan melepaskan tekanannya melalui nyanyian.Tidak dinafikan
suara Hazwani mampu memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.Setiap hujung
minggu,Hazwani akan pergi ke bilik Jamming bersama Ikmal tanpa pengetahuan Puan
Gayah kerana Hazwani tahu ibunya tidak akan membenarkan Hazwani terlibat dengan
sebarang aktiviti melibatkan Muzik.En.hamdan yang mengetahui Hazwani selalu ke
bilik Jamming bersama Ikmal pula tidak kisah kerana Ikmal adalah adik
kepada En.Hamdan.En.Hamdan percaya Ikmal boleh menjaga bakal kakak iparnya.Sebenarnya,hubungan
Ikmal dengan Hazwani juga begitu rapat sekali sehinggakan pada suatu malam
mereka telah terlanjur di dalam bilik jamming tanpa pengetahuan En.Hamdan iaitu
abang Ikmal sendiri.Ikmal juga telah mendapat tahu yang Hazwani sememangnya
juga telah terlanjur dengan abangnya iaitu Hamdan dan hal itu tidak
merunsingkan Ikmal kerana dia tidak cintakan Hazwani sebaliknya memang telah lama
menyimpan niat untuk meniduri bakal kakak iparnya itu.Hazwani pula tidak kisah
semua itu terjadi dalam hidupnya kerana bagi dia semua itu sudah tiada maknanya
lagi,tiada apa lagi yang perlu dijaga.
Masuk tahun
kedua,Hazwani terpaksa tinggal di rumah sewa kerana Kolej kediaman di sana
terpaksa membuang ramai pelajar lama untuk kemasukan pelajar-pelajar
baharu.Pada ketika ini Hazwani mula mengenali Ikhwan ketika Ikhwan datang untuk
membaiki lampu dapur rumah sewa Hazwani yang rosak.Ikhwan merupakan pelajar
Jurusan Pendidikan Vokasional di UPSI,jadi sebab itu dia banyak mengetahui
hal-hal yang berkaitan litar dan eletrik.Semenjak daripada itu,Hazwani semakin
rapat dengan Ikhwan tapi Ikhwan hanya menganggap Hazwani sebagai seorang adik
sahaja dan Hazwani menyedari Ikhwan seorang lelaki yang baik dan sangat
Prihatin tentang Hazwani.Pernah sekali Ikhwan memukul seorang lelaki yang
sering menggangu Hazwani ketika pulang dari kuliah.
Seperti biasa,pada setiap hujung minggu,Hazwani akan
pergi ke bilik jamming untuk menyanyi dan bermain muzik tapi kali ini dia
ditemani En.Hamdan kerana En.Hamdan menyatakan keinginannya untuk melihat
nyanyian Hazwani sendiri di depan mata.En.Hamdan amat terpegun dan suka melihat
nyanyian teman wanitanya itu.Tiba-tiba,keasyikannya melihat nyanyian Hazwani
tersentak dengan bunyian nada mesej telefon Hazwani di atas meja.Dia melihat
seorang pesanan mesej yang dihantar dari seorang lelaki bernama Abang Ikhwan
dan kandungan mesej “Jaga diri elok-elok,Miss you”.Kandungan mesej itu menyebabkan
En.Hamdan mencurigai Hazwani walaupun mesej itu biasa dihantar oleh Ikhwan
kepada adik angkatnya itu.En.Hamdan termenung jauh namun membiarkan saja
fikirannya itu.Dia amat menyanyangi dan mempercayai Hazwani.Setelah En.Hamdan
menghantar Hazwani pulang ke rumah sewanya dia terus pulang namun En.Hamdan
terkejut apabila sampai dirumahnya setelah melihat adiknya Ikmal membawa masuk
perempuan lain ke dalam rumahnya.”apa ni Mal?kau buat maksiat dalam rumah
aku?..kau berambus sekarang Mal..Berambus!!”Tenking En.Hamdan dengan penuh
kemarahan..”Rilek ar bang..macamla abang tak pernah buat maksiat..”sindir Ikmal
terhadap abangnya..”apa maksud kau nih Mal?kau ingat aku playboy macam kau ke
hah?”En.Hamdan terus memarahi adiknya,mereka terus bertengkar sehingga Ikmal
membocorkan rahsia ketelanjuran abangnya dan dirinya sendiri bersama
Hazwani.hal itu menyebabkan En.Hamdan tidak mampu berkata apa-apa dan terduduk
kebingungan.Ikmal pula yang marah dengan abangnya terus meninggalkan rumah
bersama perempuan yang dibawanya masuk ke rumah tadi.Tanpa berfikir
lagi,En.Hamdan menelefon Hazwani dan memutuskan hubungannya dengan Hazwani
dengan penuh rasa berat hati.Hazwani yang tidak tahu apa-apa tentang keputusan
En.Hamdan begitu sebak dengan apa yang telah terjadi.Walaupun tidak pernah
timbul perasaan cintanya terhadap En.Hamdan tapi dia amat menyayangi En.Hamdan
sebagai lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya.Perasaan sedih bercampur
kecewa itu ingin dia ungkapkan dan luahkan pada abang angkatnya iaitu
Ikhwan.namun setelah menelefon Ikhwan,Ikhwan telah bertolak ke jepun kerana
mengikuti program Pertukaran pelajar selama satu semester atau enam bulan.Hazwani
semakin buntu,tiada lagi tempat untuk dia mengadu.Rakan serumahnya pula memang
tidak pernah diajak berbual sejak dari duduk serumah lagi kerana memang Hazwani
tidak selesa dan benci berkawan dengan perempuan.
Hazwani keluar berjoging berseorangan di Tasik
proton City kerana joging adalah aktiviti yang dilakukannya untuk melepaskan
stress selain daripada menyanyi di bilik jamming.Setelah penat,dia akan berehat
di tebing tasik dan memandang ke arah matahari terbenam sambil memikirkan
masalah yang menimpa dirinya.Lamunan Hazwani terhenti akibat mendapat panggilan
daripada ibunya iaitu Puan Gayah yang menyuruh Hazwani untuk datang ke
pejabatnya pagi esok.Hazwani serba salah dengan pelawaan ibunya kerana di
pejabat itu dia akan berjumpa dan berhadapan dengan En.Hamdan.
Keesokan harinya Hazwani pergi ke pejabat Ibunya dan
seperti yang dijangka dia akan terserempak dengan En.Hamdan yang pada ketika
itu baru keluar dari bilik Ibunya selepas menandatangani beberapa dokumen dan
kertas kerja pelajar.Namun,mereka berdua dingin sahaja dan seolah-olah tidak
pernah berlaku apa-apa antara mereka.Hazwani terus masuk ke bilik ibunya dan
duduk di kerusi.”Ada apa Ibu panggil wani?”tanya Hazwani pada ibunya,”begini
wani,Ibu dah aturkan practikal Wani sem depan di sekolah kenalan ibu,dia guru
besar di sana dan di sana nanti wani akan mudah lulus practikal,macam
mana?jelas ibunya kegembiraan.”wani tak kisah ibu praktikal kat mana-mana,tapi
kat mana sekolah tu Bu?jauh tak?”wani tertanya,”hmm..takdela jauh,kat
Bentong,Pahang tu je”jelas ibunya lagi.
Setelah
tamat peperiksaan akhir semester empat,Hazwani telah diberikan sebuah kereta
Proton Saga FLX oleh ibunya untuk memudahkan urusan praktikal Hazwani nanti.Dua
minggu bercuti Hazwani terus melapor diri sebagai guru praktikal di Sekolah
Rendah Bentong sebagai guru sains.Hari pertama Hazwani di sana telah
menimbulkan masalah apabila dia gagal mengendalikan keretanya dengan baik lalu
menghempuh salah sebuah kereta milik guru lain.”alamak…maaf.maaf…maaf cikgu
saya tak sengaja..”Hazwani keluar meminta maaf dalam kedaan kelam kabut dan
panik namun guru lelaki yang dilanggar keretanya keluar dan hanya mampu tersenyum
dengan telatah Hazwani kerana lelaki itu seakan-akan kenal dengan Hazwani.”Si
Pendek”ungkapan guru itu membuatkan Hazwani terkejut sedikit,”Hah?maafkan
saya?cikgu cakap apa tadi?”Hazwani kebingungan dan inginkan
kepastian,”Hei..pendek..ini akulah Syamir..Donald Duck?tak ingat?”.Hazwani
menjadi semakin pelik dan cuba merenungi wajah guru lelaki itu
dalam-dalam.Akhirnya barulah dia teringat bahawa guru lelaki itu adalah kawan
lamanya semasa belajar Di MRSM dahulu.Setelah tamat peperiksaan PMR,Syamir terpaksa
berpindah ke sekolah harian biasa akibat keputusan peperiksaan yang tidak
melayakkan beliau.Hazwani pula berpindah ke sekolah harian biasa kerana
mengikut ibunya yang pada ketika itu masih belajar PHD di Universiti Malaya.Mereka
kemudian masing-masing menceritakan pengalaman yang berlaku selepas keluar MRSM
dan Syamir menyatakan bahawa dia baru setahun bekerja sebagai guru muzik di
sekolah tersebut.panggilan “Pendek” dan “Donald Duck” adalah gelaran yang
mereka pakai ketika zaman MRSM dulu.Sejak dari itu Syamir menjadi teman rapat
Hazwani.
Hazwani mengajak syamir untuk berjoging di satu
petang untuk menghilangkan stress di samping meluahkan masalahnya dengan
Syamir.Mereka kemudian terduduk di salah sebuah bangku di Taman Rekreasi
setelah penat berjoging.”Huhh..kuak jugak kau joging Pendek,benda apa kau
makan?”usik Syamir termengah-mengah kepenatan,”Takdela..aku memang selalu
joging masa belajar dekat UPSI,jadi rutin la kira,haha”jelas Hazwani.Perbualan
mereka semakin dalam hingga kepada hal-hal peribadi dan Hazwani akhirnya menceritakan
kisah hitam yang berlaku dalam hidupnya kepada Syamir dan Syamir amat terkejut
dengan penjelasan masalah dan perkara yang menimpa Hazwani.Syamir pula
menerangkan bahawa pada zaman MRSM dahulu,Syamir pernah mencintai seorang gadis
namun tiada seorang pun pernah tahu siapa gadis itu.Alangkah terkejutnya
Hazwani apabila Syamir menerangkan bahawa gadis yang dicintainya dahulu adalah
dia sendiri.Sejak dari itu,Syamir dan Hazwani menjadi semakin rapat tambahan
pula mereka bekerja disekolah yang sama.Beberapa bulan perkenalan,Hazwani tidak
pernah merasakan perasaan bahagia bersama seorang lelaki.Syamir seorang yang
sangat kelakar dan sentiasa membuat Hazwani tersenyum saat Hazwani
berduka.Hazwani merasakan dia sudah jatuh cinta dengan Syamir.
Pada suatu malam,Syamir menelefon Hazwani dan
mengajaknya berjoging pada petang besok kerana ada sesuatu perkara penting
ingin disampaikan dan Hazwani bersetuju kerana dia juga ada perkara penting
ingin memberitahu Syamir.Dalam perbualan telefon juga Syamir menyatakan bahawa
dia ada mengubah sebuah lagu khas untuk Hazwani yang bertajuk “Walking Tears”
atau apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu bertajuk “Perjalanan Air
Mata,Hazwani”.Syamir tahu Hazwani pandai menyanyi dan dia memberi lagu itu
untuk Hazwani serta lirik dan melodi untuk Hazwani nyanyikan sewaktu joging
esok.Pada malam itu,Hazwani bertungkus-lumus menyesuaikan lirik lagu dan melodi
ke dalam jiwanya untuk dia nyanyikan pada insan yang dia cintai esok.
Petang itu,Hazwani duduk di bangku biasa tempat
mereka berehat sambil menunggu Syamir datang dengan perasaan
berdebar-debar.”Assalamualaikum Wani”ada suara menyapanya dari belakang dan
Hazwani tahu itu adalah suara Syamir,”Waa.laikum..”Bila berpaling,Hazwani
sedikit terkejut melihat Syamir datang bersama seorang perempuan di
sisinya..”datang pun,siapa ni?adik?”tanya Hazwani terketar-ketar”Wani,ni lah
perkara penting aku nak beritahu,minggu depan aku nak lansungkan perkahwinan
aku,ni lah tunang aku,Cikgu Laila”jelas Syamir,Cikgu Laila kemudian menghulur
tangan tanda perkenalan dengan Hazwani dan Hazwani agak teragak-agak untuk
menghulur tanganya setelah jiwanya hancur mendengar perkhabaran dari Syamir
yang selama ini telah bertunang dan akan berkahwin.Hazwani cuba tersenyum
walaupun sebak dah luka dihatinya hanya tuhan saja yang tahu.
Hazwani tidak dapat menahan air matanya,dia memberi
alasan kepada Syamir untuk pulang ke rumah kerana ada hal penting.Dia terus
berlari menuju ke arah kereta sambil Syamir cuba menhalangnya.Hazwani terus
menangis di dalam kereta dan menyalahkan takdir atas apa yang telah menimpa
dirinya.Hazwani semakin buntu dan tidak tahu bila perjalanan air matanya akan
terhenti.
No comments:
Post a Comment