Sastera Melayu adalah untuk membina peradaban Melayu sebelum Melayu sendiri Meruntuhkannya.
Monday, 20 October 2014
Pengenalan Teori Kesederhanaan Oleh Firasastra
Teori adalah bidang ilmu yang mengkaji dan meneliti sifat-sifat dalam teks kesusasteraan yang berkaitan dengan teori itu sendiri.Teori ini dianggap sebagai anggapan terhadap sesuatu fenomena dalam karya itu sendiri.Dengan adanya teori ini maka boleh dikatakan sebagai pegangan atau prinsip kepada pengkaji mahupun penulis itu sendiri.Disini saya sebagai penulis yang mengkaji sifat serta fenomena karya sastera melayu telah melahirkan gagasan idea dalam pemikiran saya iaitu Teori Kesederhanaan.
Pengenalan.
Teori kesederhanaan sememangnya berpegang pada prinsip kesederhaan dalam berkarya atau sifat penulis itu sendiri.Teori ini lahir setelah melihat aspek penulisan,bahasa,serta struktur karya sastera dari permulaan kemasukan sastera ke alam melayu.Teori ini juga boleh dikenali sebagai teori 7P berdasarkan pegangan 7 prinsip utama yang mengambarkan kesederhanaan dalam berkarya atau menulis karya.
Prinsip-Prinsip Teori Kesederhanaan (7P)
1.Pengadaptasian (Adoption)
-Sesebuah karya sastera seperti puisi tidak mampu berdiri sendirian dan perlu ada pengadaptasian bagi menjadikan sesebuah karya itu bersifat terbuka dan fleksibel.Puisi boleh diadaptasi kepada Prosa,syair boleh diadaptasi kepada drama,dan banyak lagi.
2.Pemendekkan (Sinoption)
-untuk menyampaikan idea dalam penulisan,sesetengah penulis mengarang sehingga beratus-ratus muka surat bagi menyampaikan pemikiran mereka.Bagi teori ini semua itu tidak perlu dalam berkarya kerana sesebuah karya boleh dipendekkan dan perkara yang paling penting adalah penyampaian idea dalam karya.Penulisan yang relevan adalah cerpen berbanding novel kerana novel memerlukan jalan cerita yang panjang.
3.Penarikan (Attraction)
-Karya yang hebat adalah karya yang mampu menarik perhatian pembaca untuk menghayati kisah dalam karya.Unsur penarikan yang dimaksudakan ialah Konflik dalam karya sastera serta pengakhiranya.Sesebuah karya hanya memerlukan satu konflik dan satu pengakhiran bagi konflik tersebut bagi melengkapkan penulisan mereka.
4.Pemulauan Hyper (hyper Boycottion)
-Dalam penulisan,ada satu gaya bahasa yang disebut sebagai hiperbola iaitu perbandingan yang melampau-lampau.Dalam penulisan ianya dianggap indah tapi bagi sesetengah individu perbandingan sedemikian tidak perlu kerana kesederhanaan dalam berjkarya itu penting bagi mencapai tahap penulisan baik.Terdapat juga penggunaan diksi atau kata yang jarang digunakan dalam penulisan terutama dalam penulisan puisi.Apabila diksi atau kata ini hadir maka menyukarkan pembaca untuk memahami keseluruhan ayat.Puisi yang baik tidak semestinya bergantung pada diksi yang unik tapi susunan ayat yang beranalogi lebih melahirkan makna dalam diri pembaca.
5.Penyatuan (Combination)
-Dalam penulisan puisi mahupun prosa.Pelbagai aspek perlu diambil kira dan dikaji bagi melahirkan karya yang bermutu.Dalam puisi banyak menyatukan kata dan bahasa kemudian disatukan pula dengan unsur alam dan akhirnya kepada penyatuan perasaan penulis itu sendiri.Hal ini menjadikan sesebuah karya itu begitu mendalam maknanya dan indah bahasanya.
6.Pemurnian Struktur (strukturtisme)
-Penulisan karya melayu lama seperti Sulalatus salatin,Hikayat Hang Tuah,Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya mempunyai struktur atau gaya penulisan bersifat kemelayuan dan kepahlawanan yang unggul.Hal ini melambangkan keperibadian teks itu sendiri.Misalnya dimulai dengan kalimah Bismillah,diselitkan puisi tradisional.Unsur ini melambangkan sifat rendah diri penulis itu sendiri.Pemurnian yang dimaksudkan juga adalah mengenai latar dan nama watak seharusnya asli dalam kalangan masyarakat melayu bagi mengambarkan keperidian masyarakat melayu itu sendiri tanpa sebarang unsur penjajahan dan penaklukan.
7.Pengaruh Psikologi (Impression)
-Karya juga bersifat seperti manusia iaitu terdapat pengaruhnya yang tersendiri.Dalam teori kesederhanaan pengaruh psikologi yang dimaksudkan ialah bagaimana sesebuah karya itu dapat memahami naluri pembaca serta perasaan pembaca hingga melahirkan keinsafan.Nilai murni dan kesederhanaan dalam menulis itu penting dalam penyampaian kerana ianya adalah cara dakwah yang efektif.Begitu juga dengan karya,nasihat atau teguran perlulah disamapaikan secara lemah lembut agar tidak menguris hati pembaca malah menarik minat untuk mendalami makna dalam karya itu sendiri.
Berikut merupakan 7 prinsip yang telah saya teliti sebagai kekuatan dalam teori Kesederhaan.Diharapakn teori ini dapat berkembang dan dijadikan gagasan idea untuk mendalami fenomena karya sastera.
Pengasas: FiraSastra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamulaikum tuan. Saya mohon izin dan doa restu daripada tuan untuk mendeklamasikan puisi ciptaan tuan yang bertajuk Siapa Dia (Puisi Hari Guru) dalam Pertandingan Sayembara Puisi Hari Guru Dalam Talian anjuran Jabatan Pendidikan Kelantan. Saya amat tertarik dengan puisi tersebut kerana amat serasi dengan jiwa saya. Terima kasih.
ReplyDeleteRingkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tingkatan 3
ReplyDelete(Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan)
Tarikh : 31 Mac 2020
Hari : Isnin
Kelas : 3AR
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Nama Guru : Siti Suhaila bt Abdullah
Tema 10 : Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan
Tajuk : Sifat Terpuji (Buku Kerja Conquer - Halaman 50 - 52)
Kemahiran : Membaca, Menulis dan Tatabahasa
SP : 2.4.1, 3.5.1 dan 5.4.1
Aktiviti Murid / Tugasan :
1. Membaca petikan cerpen pada halaman 50. Jawab soalan 1 dan 2.
2. Membaca petikan pada halaman 51. Tulis ringkasan yang lengkap tentang faedah-faedah sistem pengangkutan awam.
BBM/BBB : buku kerja, telefon pintar, buku tulis / kertas kajang dan kamus.
Catatan :
1. Sila siapkan tugasan ini mengikut waktu yang ditetapkan.
2. Tugasan ini perlu dihantar kepada cikgu sebelum jam 10 pagi.
3. Buku /fail perlu dihantar sekolah dibuka nanti / tamatnya Perintah Kawalan Keselamatan. Terima kasih.
Selamat belajar. Terima kasih.
Cikgu Sue 🌹
#GemilangkanBM
#Sila Duduk Rumah
#Semoga Allah Melindungi Kita Semua