Saturday, 19 October 2013

Sajak:Aku Hanya Pemimpin By FiraSastra


Allahyarham Tun Abdul Razak(Bapa Pembangunan)

Bumi ini bumi merdeka,
keperitan mengajarku untuk mencari bahagia,
bukan untuk aku tapi untuk mereka,
kerana mereka aku mampu berjuang,

Aku hanya pemimpin,
menyimpan tangis seorang diri
demi melihat anak bangsaku tersenyum
menahan dendam dalam hati
demi menatap rakyatku bersatu
sembunyikan kelemahan yang bertamu
demi menunjukkan kekuatan tanah airku

aku hanya pemimpin
tidakku takut ancaman penghijrah
kerna bumi ini adalah senjataku
tidak gentar dengan kekalahan
kerna sahabat adalah kekuatanku
tidak mundur dek herdikan penjajah
kerna rakyat mengangkatku maju ke hadapan

Aku bukanlah perwira,
kerna aku berjuang bersenjatakan bangsa,
beperang berperisaikan kata,
merekalah sebenarnya perwira,
yang aku mampu sandarkan amanahku padanya,
yang aku lihat pakaiku dijaga olehnya,
yang sentiasa mengangkat tangan menentang penjajah,
merekalah yang sentiasa dibahuku

aku hanya pemimpin
yang tidak mahu melihat bangsaku hancur negaraku mundur,
kukirimkan senyuman ini buat pegantiku,
senyumlah untuk rakyatmu,
jangan biarkan air mata merka mengalir,
simpan penderitaanmu pendamlah tangismu
kerna mereka yang sebenarnya memimpinmu.

No comments:

Post a Comment