Prof.Dr Hashim awang iaitu pengasas kepada Teori Pengkaedahan Melayu berpendapat bahawa Kritikan sastera merupakan salah satu cabang ilmu yang akan digunakan setelah terhasilnya sesuatu karya.Setelah sesuatu karya terhasil,maka kritikan akan dibuat ke atas karya tersebut dari segi aspek sosiologi,ekonomi,dan sebagainya.
Contohnya dapat dilihat melalui penghasilan karya novel Salina oleh A.Samad Said telah melahirkan ramai golongan pengkritik terutamanya golongan wanita melaui perjuangan emansipasi mereka.Dalam novel Salina memperlihatkan watak wanita yang mencari rezeki dengan pekerjaan yang hina iaitu melacur.Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati pembaca apabila golongan wanita dianggap golongan yang rendah nilainya.
Melalui pandangan saya,Kritikan sastera juga digunakan untuk mengkritik sikap sesentengah masyarakat itu sendiri.hal ini kerana,manusia dilahirkan dengan nafsu yang menjadikan mereka melakukan perkara yang baik dan sebaliknya.Kebanyakkan pengkarya menghasilkan karya untuk mengkritik sikap buruk sesentengah masyarakat.Situasi ini wujud pada zaman permulaan kesusasteraan melayu moden lagi apabila Pengasas Kesusasteraan melayu moden iaitu Abdullah Munsyi dalam karyanya banyak mengkritik sikap golongan masyarakat malahan juga golongan atasan.
Kesimpulannya.Kritikan sastera bukan sahaja digunakan bagi mengkritik hasil karya individu malahan juga boleh digunakan bagi menghasilkan sesuatu karya.kritikan juga tidak semestinya diguna pakai untuk penghasilan karya novel sahaja malahan cabang ilmu sastera yang lain seperti Sajak,Cerpen,Syair,dan sebagainya.
Prof.Dr Hashim Awang
No comments:
Post a Comment