Ikram
terduduk sambil membaca surat yang diberikan oleh Warda,dalam surat tersebut
jelas tertulis hasrat hatinya yang jatuh hati terhadap Ikram,
IKRAM:Warda,(dalam
keadaan serba salah) saya bukan tidak menyukai awak,tapi saya rasakan saya
masih belum bersedia untuk Cinta keenam
WARDA:Cinta
keenam?(warda kebingungan)
IKRAM:Ya
Warda,sahabat saya Irsyad pernah bagitahu saya,cinta dan kasih itu ada tujuh
peringkat
WARDA:Maksudnya?
IKRAM:Kasih
pertama kepada Allah,kedua pada Rasulullah,ketiga pada ibu bapa,Keempat pada
Diri,kelima pada saudara,keenam pada pasangan hidup,dan ketujuh pada Sahabat.
WARDA:mengapa
yang ketujuh tidak termasuk dalam kasih kelima?
Ikram
bangun dari tempat duduknya dan tersenyum,
IKRAM:Semua
orang islam adalah saudara,tapi tidak semua mampu digelar sahabat
WARDA:mengapa
pula kasih yang keenam Ikram belum bersedia?Warda rasakan warda dah temuinya,
IKRAM:(Sambil
tersenyum)semua kasih harus dicari dan dihargai warda,tapi yang keenam kita
harus ditunggu.
Ikram
berlalu pergi menuju ke surau,dalam pada itu dia melihat Irsyad melambai ke
arahnya sambil berhubung dengan seseorang melalui telefon,Ikram menghampiri
Irsyad di pinggir jalan,
Dalam
masa Irsyad ingin melintas,dia tidak perasan ada sebuah kereta sedang bergerak
menghampirinya,Ikram menyedari dan cuba memberi isyarat sambil berlari pantas
ke arah Irsyad namun Irsyad kurang mengerti.
Apabila
kereta membunyikan hon,Ikram sempat menolak Irsyad tapi malangnya Ikram yang
dilanggar..
IRSYAD:Ikram!!!
Di
hospital,Irsyad cemas menunggu keputusan doktor.setelah doktor keluar,Irsyad
meluru pantas ke arah doktor,
IRSYAD:doktor,bagaimana
dengan kawan saya??
DOKTOR:kawan
awak selamat,cuma kaki kanannya patah dan mungkin beberapa bulan dia tidak
boleh berjalan,
IRSYAD:boleh
saya melawat dia doktor?
DOKTOR:buat
masa ni biarkan dia berehat
Doktor
berlalu meninggalkan Irsyad,Irsyad pula terduduk sambil terkenangkan nasib
sahabat baiknya yang patah kaki akibat menyelamatkannya.
Dalam
Wad terlihat Ikram termenung dan terkenangkan saat dia dijaga oleh Irsyad
ketika dia mengalami demam dan sukar untuk bergerak.pada masa itu,Irsyadlah
yang menjaga makan minum Ikram serta membeli makanan untuknya tanpa meminta
sebarang bayaran pun.setiap malam Ikram menangis mengenangkan kebaikan Irsyad
padanya dan berdoa agar Irsyad sentiasa sihat kerana dia tidak mampu menjaga
Irsyad sebagaimana Irsyad menjaganya dulu..
Air mata
Ikram mula menitis.dalam masa itu Irsyad masuk untuk melawatnya dan dia datang
bersama Warda,
Irsyad
datang dan duduk di sisi katil Ikram
IRSYAD:kenapa
kau gatal nak selamatkan aku,kan dah patah kaki..(Irsyad berseloroh)
Ikram
ketawa kecil namun air matanya juga bergenang halus dikaki matanya,
IKRAM:Aku
tak kisah hilang kaki sekalipun kerana ia pinjaman daripada aku kehilangan
sahabat,sahabat itu kasih ketujuh
Mereka
masing-masing ketawa sambil air mata mengiringi.Warda juga sebak dan tidak
mampu menahan air mata kerana melihat kasih yang begitu erat antara dua
sahabat.
--TAMAT--
No comments:
Post a Comment