TAJUK-TAJUK PERBINCANGAN
1. Sejarah hidup A.Samad Said sebagai seorang penulis dan
Sasterawan.
2. Peranan dan cara hidup golongan wanita semasa perang.
3. Peranan dan cara hidup golongan wanita selepas perang.
SEJARAH HIDUP A.SAMAD SAID SEBAGAI SEORANG PENULIS DAN SASTERAWAN
Sasterawan
A.Samad Said merupakan seorang sasterawan negara yang telah banyak menghasilkan
Karya yang tinggi nilainya.Sejarah kehidupannya yang pernah melalui Era
peperangan semasa beliau berada di singapura menjadikan beliau seorang
tabah.Pengalaman hidup semasa perang telah diterjemahkan melalui Novel
sulungnya iaitu Salina.Novel tersebut
telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan diterjemahkan kepada beberapa
bahasa.Bermula bekerja sebagai seorang wartawan dan penulis di akhbar mingguan
dan akhirnya berkembang menjadi seorang pejuang sastera.
Hasil
karya A.samad said sememangnya banyak membicarakan tentang keperitann hidup
yang dialami masyarakat pada zaman perang terutama golongan wanita.Karya yang
dihasilkannya berbentuk hidup dan mampu menimbulkan pelbagai perasaan dalam
kalangan pembaca.Hal ini kerana beliau juga pernah melalui era peperangan
semasa pendudukan Jepun.Pengalaman itu telah diterjemahkan kepada karya-karya
beliau.
PERANAN DAN CARA HIDUP WANITA SEMASA PERANG
Wanita Sebagai Pelayan
Pekerjaan
sebagai pelayan dalam kalangan golongan wanita begitu dominan pada masa zaman
perang.Hal ini demikian kerana,pekerjaan ini tidak memerlukan kelulusan tinggi
disamping pendapatan yang mampu diperolehi adalah lumayan.Melalui Novel A.Samad
Said iaitu Salina memperlihatkan
watak wanita yang bekerja sebagai seorang pelayan.Dalam novel
ini,memperlihatkan watak Zarina dan Nahidah.Zarina merupakan ibu tiri kepada
Nahidah dan bekerja sebagai seorang pelayan untuk menyara hidupnya.Zarina
kemudian berkahwin dengan Abdul Mutalip yang merupakan seorang Ahli
agama.Setelah kematian Abdul Mutalib,Zarina menyuruh Nahidah agar bekerja sebagai pelayan demi
menyara keluarga.Akhirnya Nahidah bersetuju atas desakan Zarina untuk bekerja
sebagai pelayan.
Melalui
desakan Zarina tadi,A.Samad Said berjaya menunjukkan sifat kreatif sesetengah
masyarakat dalam mencapai hajatnya sebagaimana Zarina yang kreatif memujuk
Nahidah untuk bekerja sebagai pelayan.Melalui situasi tersebut dapat
digambarkan bahawa betapa susahnya kehidupan masyarakat pada zaman perang
sehingga membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan kesan yang akan berlaku.
Nahidah
merupakan seorang yang kuat pegangan agamanya dan pandai mengaji menurut Haji
Karman iaitu bekas guru yang mengajar Nahidah dahulu.Nahidah sebenarnya tidak
ikhlas dirinya menjadi pelayan tetapi dia terpaksa atas desakan ibu tirinya.
Kesimpulannya,masyarakat
yang hidup pada zaman perang sanggup mempergunakan tenaga muda bagi mencapai
kesenangan.Keadaan ekonomi yang rendah mendorong mereka sanggup berbuat
demikian.
Wanita Sebagai Penari Joget
Samad
juga mengambarkan peranan wanita sebagai penari joget semasa zaman perang
melalui karya Dramanya yang berjudul Lantai
T.Pinkie. Dalam Drama ini,pembaca dihidangkan dengan imej watak wanita
sebagai penari joget iaitu T.Pinkie atau nama sebenarnya ialah Tengku
Seindahkuno Binti Tengku Afraruddin yang mewarisi pekerjaan itu daripada
ibunya.Punggung T.Pinkie yang menggiurkan lelaki dalam Drama tersebut menjadi
salah satu daya tarikan utama kepada pembaca.
Elemen
tarikan berbentuk sedemikian dianggap sebagai sebagai salah satu bentuk
eksploitasi yang dilakukan oleh A.Samad said untuk menarik perhatian
pembaca.Melaui Drama ini juga dilihat kedudukan wanita yang begitu rendah
sehingga menjadi bahan untuk kepentingan diri orang lain.Teori Feminisme dapat
diguna pakai dalam situasi ini dimana golongan watak telah dieksploitasi
wataknya untuk tujuan komersial dan meraih keuntungan.
Tempat
seorang wanita adala disisi suaminya,tetapi pengarang mendapati ada sesetengah
watak yang berstatus janda telah bekerja sebagi penari joget dan
bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri sahaja.
Tahap
pendidikan yang rendah dikatakan antara punca golongan wanita memilih pekerjaan
sebagai penari joget sebagaimana watak Nyai Sunarti,T.Pinkie,Musalmah dan Siti
Udaya.Golongan ini juga dilihat mengambil pekerjaan sedemikian untuk lari
daripada keperitan hidup yang dialami semasa zaman perang.
Feminisme
tercetus akibat daripada ketidakpuashatian kaum wanita yang dianggap golongan yang
berstatus rendah sebagai imej penari joget.Mereka memperjuangkan hak mereka
bagi meningkatkan martabat kaum mereka daripada kaca mata lelaki.
Wanita Sebagai Pelacur
Dalam
buku Cerminan kehidupan Wanita Di Tangan
A.Samad Said lagi dinyatakan oleh pengarang bahawa wanita pada zaman perang
juga melakukan pekerjaan sebagai seorang pelacur.Hal ini disebabkan oleh
pelbagai faktor yang mendorong golongan wanita terlibat dalam kancah
maksiat.Golongan wanita pada zaman perang hanya menjadi bahan pemuas nafsu
lelaki.Dalam Novel Salina oleh
A.Samad Said telah memperlihatkan watak salina sebagai seorang wanita yang
mencari nafkah dengan menjual kehormatan dirinya.Faktor sejarah hitam yang
dilalui oleh Salina seperti pernah dirogol oleh tentera jepun mendorong beliau
untuk menjadi seorang pelacur.
Pada
umumnya,semua wanita di dunia ini tidak mahu mereka terlibat dalam pekerjaan
yang tidak bermoral itu,tetapi disebabkan desakan hidup semasa zaman perang
menyebabkan ramai yang terjunam dalam nikmat keduniaan.Jika dilihat melalui
watak Salina,jelas memperlihatkan bahawa pemikiran golongan wanita pada masa
dahulu begitu singkat hingga memilih jalan hitam bagi meneruskan kehidupan.
Pekerjaan
Pelacur merupakan pekerjaan yang hina disisi agama islam kerana bertentangan dengan
norma hidup masyarakat islam.Namun begitu,pengarang juga telah mendapati bahawa
watak Siti Salina yang dianggap hina sebenarnya seorang yang berhati mulia
kerana suka menolong orang dalam kesusahan walaupun dia sendiri tidak seberapa.
Sememangnya
desakan hidup yang terpaksa ditanggung menyebabkan golongan wanita menjual
kehormatan diri mereka.Dalam Novel Sungai
Mengalir Lesu pula memperlihatkan watak Tuminah yang terpaksa bekerja
sebagai seorang pelacur demi mencari sesuap nasi untuk adiknya iaitu Dalim yang
masih lagi budak.Tuminah tidak merelakan pekerjaannya itu tetapi dia terpaksa
berkorban untuk terus hidup.
Wanita Sebagai Pencuci Pakaian
Pekerjaan
sebagai pencuci pakaian bukanlah pekerjaan yang hina malahan dianggap satu
usaha mulia bagi golongan wanita untuk mencari rezeki yang halal.Walaupun hidup
dalam serba kekurangan tetapi ada sesetengah masyarakat atau golongan wanita
sanggup melakukan pelbagai pekerjaan yang baik demi menyara keluarga mereka.
Melalui
Novel Salina ,kita dapat melihat
watak seorang ibu tunggal iaitu Katijah yang terpaksa bekerja sebagai tukang
cuci di empat buah rumah orang inggeris demi menyara anaknya yang sedang
belajar iaitu Hilmy.Mengikut pandangan yang dikemukakan Mohd Yusof Hasan dapat
dijelaskan bahawa golongan wanita sebenarnya mempunyai pemikiran yang kreatif
dan imaginatif sehingga mereka mampu
mencari pekerjaan yang halal bagi menyara hidup mereka.
Pergolakan
hidup pada zaman perang bukanlah alasan bagi kaum wanita untuk memilih
pekerjaan yang tidak bermoral.Mereka seharusnya lebih bijak menangani
permasalahan mereka jika mereka kembali kepada ajaran agama yang
sebenarnya.Biarlah hidup dalam kemiskinan tetapi budi dan gaya hidup kita
dihormati masyarakat.Sebagaimana watak katijah yang disenangi jiran serta
peribadi sopan anaknya iaitu Hilmy.
Sebagai
seorang jiran,kita seharusnya menegur dan menasihati jirang yang lain agar
memperbaiki kesilapan mereka.Katijah yang merupakan jiran kepada Salina
menasihati Salina agar menjaga dan memelihara maruah dirinya dan sedar tentang
sikap suaminya yang mempergunakan Salina.
Tegasnya,pergolakan
dan penderitaan hidup semasa zaman perang memaksa golongan wanita bekerja dalam
apa jua bidang walaupun terpaksa bekerja keras.Pekerjaan yang dilakukan tidak
semestinya pekerjaan yang mendatangkan hasil yang lumayan tetapi apa yang
dilakukan disenangi oleh orang lain.
Wanita Sebagai Pembantu Rumah
Pembantu
rumah atau orang gaji merupakan salah satu lagi pekerjaan yang dilakukan oleh
golongan wanita pada zaman peperangan.Pada pandangan masyarakat,golongan ini
hanya dianggap tahu membuat kerja rumah sahaja dan tidak berilmu.Pandangan ini
seharusnya ditepis oleh masyarakat kerana menurut karya Drama Lantai T.Pinkie telah memperlihatkan
watak seorang wanita iaitu Puteh Su yang bekerja sebagai orang gaji di rumah
Tuan Habib Syed Damali al-Sinri dan Ustaz Maudi.Puteh Su yang baru memeluk
islam bukan sahaja bekerja sebagai orang gaji malahan mengisi diri dengan ilmu
agama melalui gurunya iaitu majikannya sendiri.
Watak
Puteh Su memperlihatkan bahawa golongan wanita tidak mahu mereka ditindas oleh
kaum lelaki.Watak Puteh Su dan Katijah dapat memberi gambaran perbandingan
bahawa desakan hidup pada zaman perang tidak semestinya mendatangkan
kesengsaraan malahan kebahagian dapat dicari asalkan jalan hidup yang kita
pilih selari dengan ajaran agama.
PERANAN DAN CARA HIDUP GOLONGAN WANITA SELEPAS
PERANG
Wanita Sebagai Pejuang Kemerdekaan
Apabila
berbicara mengenai penglibatan golongan wanita dalam perjuangan hak menuntut
kemerdekaan,secara tidak lansung penglibatan wanita dalam parti politik juga turut berkembang selepas berakhirnya
zaman perang.Golongan wanita seterusnya meneruskan usaha mereka dalam
perjuangan menuntut hak kemerdekaan.Dalam parti politik pula,wanita mula
melibatakan diri dalam beberapa gerakan parti politik seperti Parti Kebangsaan
Melayu,Angkatan wanita Sedar,Kaum Ibu Umno dan Muslimat PAS.
Novel
yang dikarang oleh A.Samad Said iaitu Daerah
Zeni telah memaparkan watak Bomoh
Sakinah yang terlibat secara lansung dalam perjuangan menuntut hak
kemerdekaan.Samad juga memperkenalkan watak seorang penulis yang menulis
manuskrip mengenai dua orang tokoh wanita yang memperjuangkan hak menuntut
kemerdekaan iaitu Asihah dan Bomoh Sakinah.
Perjuangan
golongan wanita bukanlah hanya secara terus,malahan sokongan mereka terhadap
perjuangan orang lain juga boleh dianggap sebagai peranan penting bagi mencapai
tujuan.Jika dilihat,watak wanita sebagai isteri amat penting dalam menyokong
perjuangan suami mereka.Antara watak yang terlibat ialah Asihah dan Fatiah yang
menyokong perjuangan suami mereka dalam perjuangan menuntut hak kemerdekaan.
Kebimbangan
orang Melayu terhadap kedudukan bangsa mereka memperkuatkan lagi semangat para
pejuang kemerdekaan.Fatiyah amat setia dengan perjuangan suaminya dalam
menentang Malayan Union.Umumnya,kaum wanita banyak mendorong kaum lelaki untuk
terus berjuang mendaulatkan Tanah Air.
Emansipasi Wanita
Emansipasi
wanita merupakan perjuangan golongan wanita dalam menuntut hak mereka untuk
bersuara,belajar.dan bekerja sebagaimana golongan lelaki.Menurut Mukhlas
Asy-Sharkoni,wanita sememangnya diberikan hak dan tanggungjawab tertentu bagi
memajukan diri mereka.Golongan lelaki pula seharusnya melindungi kaum wanita
sebagaimana yang mereka tuntut dalam emansipasi.Dua karya A.Samad Said telah
memperlihatkan isu ini iaitu Novel Langit
Petang dan Daerah Zeni.Perbincangan
dalam novel tersebut pula dapat dinilai melalui tiga watak yang memperjuangkan
hak wanita dengan cara tersendiri iaitu Zakiah(Langit Petang),Zeni(Daerah
Zeni),dan Zedi(Daerah Zeni).
Dalam
Novel Langit petang memperlihatkan
perjuangan wanita melalui watak Zakiah iaitu seorang yang berpendidikan barat.Zakiah
yang dulunya kecewa dengan sikap bekas teman lelakinya yang meninggalkannya
menjadikan Zakiah seorang yang pendendam.Kedua-dua adik Zakiah pula telah
dianyai oleh suami masing-masing menguatkan lagi perasaan dendam Zakiah
terhadap kaum lelaki.Namun demikian,perjuangan Zakiah dalam menegakkan keadilan
dengan mempergunakan ramai lelaki dianggap bercanggah dengan cara hidup
islam.Hal ini kerana sikap dendam tidak digalakkan dalam islam kerana islam
mengajar agar manusia memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadap kita
dan bukan tugas kita untuk menghukum.
Daerah Zeni pula
memperlihatkan dua orang watak yang berbeza dalam karya yang sama iaitu Zeni
dan Zedi.Mereka masing-masing memperjuangkan emansipasi dalam bentuk yang
berbeza.Zeni dilihat sebagai seorang janda yang memperjuangkan hak untuk
memilih suaminya sendiri tanpa ada konkongan daripada orang lain terutamanya
bekas suaminya iaitu Mahdi.Mahdi cemburu dengan Ehran yang berjaya menawan hati
Zeni.Disini dapat dilihat konflik yang terjadi antara mereka menyebabkan Zeni
mempertahankan haknya bagi memilih calon suami yang terbaik.
Zedi
pula adalah seorang wanita yang telah lumpuh kedua-dua belah kakinya dan
menjadi punca kekasihnya yang belajar di luar negara iaitu Zamani
meninggalkannya.Zedi seperti tidak dapat menerima hakikat terhadap apa yang
berlaku ke atas dirinya.Tapi ketabahan dan kecekalan Zedi menjadikan beliau
tidak pernah berputus harapan bagi memajukan dirinya.
Persoalan
emansipasi dilihat sebagai salah satu bentuk perjuangan kaum wanita terhadap
apa yang menimpa diri mereka.Pemikiran yang lateral menjadikan golongan wanita
bijak dan kreatif memperjuangkan hak masing-masing dengan cara tersendiri.
Peranan Dan Tangunggjawab Wanita Terhadap Masyarakat
Golongan
wanita dilihat merupakan golongan yang lebih sesuai menguruskan sesuati
aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.Hal ini
kerana,kerja-kerja sebegini memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi bagi
memuaskan hati semua pihak.Peranan golongan wanita amatlah penting dalam
sesebuah masyarakat kerana mereka merupakan tunjang kepada pembangunan dan
kemajuan negara.Naluri keibuan yang wujud dalam diri setiap wanita menjadikan
mereka cekal menghadapi dugaan dalam apa jua keadaan walaupun dalam situasi
peperangan.
Watak
Mak buruk dalam novel Sungai Mengalir
Lesu menunjukkan peranan wanita sebagai anggota masyarakat yang
bertanggungjawab terhadap masyarakat yang lain.Contonya,beliau telah membantu
Tompang yang lumpuh dan menasihati Tuminah yang telah menjual kehormatan
dirinya yang terdesak akibat situasi peperangan yang melanda Tanah Air pada
masa itu.Sumbangan mereka amatlah besar dan penting bagi kehidupan
bermasyarakat.
Novel
Salina pula dapat dilihat melalui
watak Katijah yang sikapnya disenangi oleh ahli masyarakat yang
lain.Contohnya,Katijah menasihati Salina agar sedar tentang keadaan dirinya
yang sering diseksa suaminya iaitu Abdul Fakar.Peranan dan tanggungjawab wanita
dalam masyarakat amatlah penting bagi keharmonian negara itu sendiri.
Kesimpulannya,Tangunggjawab
wanita sememangnya memainkan peranan yang penting dalam masyarakat.Hal ini
kerana,mereka juga berperanan memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada
masyarakat yang lain.
Perjuangan Menegakkan Keadilan Sosial
Perasaan
tudak puas hati tehadap sesuatu perkara mampu menjadikan jiwa seseorang
memberontak untuk terus bangkit menegakkan kebenaran.Pendapat Haji Johari Haji
Alias menyatakan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan sifat sebagai seorang
pemimpin.Oleh hal yang demikian,tidak hairanlah jika ada sesetengah masyarakat
yang berani bangkit menyuarakan pendapat dan luahan hati mereka jika perasaan
tidak puas hati wujud dalam diri mereka.
Dalam
Karya novel A.Samad Said memperlihatkan keberanian golongan berpendidikan
seperti golongan mahasiswa dan mahasiswi yang bangkit menyuarakan perasaan
tidak puas hati mereka terhadap sesetengah pemimpin yang hanya mementingkan
diri mereka sendiri.Golongan pemimpin tidak seharusnya menindas rakyat kerana
rakyat mempercayai mereka.Oleh hal yang demikian,jika pemimpin mengkhianati
kepercayaan rakyat,maka rakyat sememangnya berani menyatakan perasaan tidak
puas hati mereka melalui pelbagai cara.
Melalui
Novel Hujan Pagi ,A.Samad Said
mempamerkan watak seorang wanita yang masih menuntut di ITM iaitu
Niram.Keberanian Niram dalam memprotes sikap sesetengah golongan pemimpin yang
menindas dan menipu rakyat.Salah satu cara yang mereka gunakan untuk
menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka
adalah dengan mengadakan Demonstrasi.Hal ini kerana,mereka percaya
bahawa demonstrasi adalah jalan yang terbaik untuk mendapat perhatian golongan
pemimpin dan akhirnya apa yang disuarakan mula mendapat perhatian serius.
Konsep
takmilah oleh Shafie Abu Bakar iaitu menyuarakan sesuatu berdasarkan akal dan
hati diadaptasikan oleh watak Niram untuk menyuarakan pandangan beliau.
Oleh
itu,jelaslah bahawa penderitaan terhadap rakyat oleh pemimpin yang tidak amanah
akan membangkitkan semangat untuk menuntut keadilan sosial khususnya terhadap
golongan wanita.
Perubahan Sikap Wanita
Wanita
merupakan golongan yang lemah.Pada zaman Jahiliyah dahulu,wanita dipandang hina
dan menjadi bahan pemuas nafsu lelaki sahaja.Setelah kedatangan islam,golongan
wanita dipandang tinggi malahan mereka merupakan golongan yang penting dalam
pembangunan tamadun manusia.Namun demikian kini,jiwa wanita yang mudah
memberontak terhadap situasi yang dialami menyebab perubahan sikap mereka sama
ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.
Jika
dilihat melalui perubahan watak Tuminah dalam novel Sungai Mengalir Lesu yang
berubah menjadi seorang isteri yang baik setelah berkahwin dengan Mansur.Mansur
banyak mengajar Tuminah tentang ilmu agama namun hubungan suami isteri mereka
tidak kekal lama akibat kematian Mansur.Hidup Tuminah kembali
terumbang-ambing,akibat desakan hidup yang melarat telah mendorong Tuminah
untuk kembali kepada pekerjaan lamanya.
Novel
tersebut juga memperlihatkan watak wanita muda yang bernama Zainab terpaksa
kahwin dengan lelaki tua.Zainab tidak hidup bebas selepas berkahwin malahan
dikurung di dalam bilik.Hal ini menyebabkan sikap Zainab yang dulunya sopan dan
menurut kata orang tua mulai berubah.Zainab sanggup mengadai maruahnya kepada
Kareem kerana tidak sanggup lagi tersiksa dikurung dalam bilik.
Dalam
Novel Langit Petang pula,A.Samad Said
meletakkan watak seorang wanita berpendidikan tinggi iaitu Zakiah.Zakiah yang
dulunya tinggal di kampung berubah sikap setelah berhijrah ke kota untuk
mencari pekerjaan.Sejarah hitam yang dilaluinya telah menyebabkan wujudnya
perasaan dendam di samping perubahan gaya hidup bebas yang berlaku ke atas
dirinya.Zakiah dikatakan pernah bersekedudukan bersama 18 orang lelaki.Niatnya
adalah untuk membalas dendam terhadap golongan lelaki.
KESIMPULAN
Pergolakan
dan penderitaan hidup semasa perang telah mendorong sesetengah golongan wanita
memilih pekerjaan yang hina seperti pelacur,penari joget,dan pelayan.Namun
begitu,faktor desakan hidup sebenarnya mendorong mereka merelakan perbuatan
mereka meskipun jiwa mereka menidakkannya.Terdapat juga golongan wanita yang
memilih pekerjaan yang halal walaupun gajinya tidak seberapa.Ianya disebabkan
pemikiran yang lateral iaitu kreatif dan imaginatif membuatkan mereka mampu
hidup dengan bahagia.
Selepas
zaman perang,peranan golongan wanita berubah begitu ketara.Mereka mula
melibatkan diri dalam perjuangan menuntut hak mereka.Karya A.Samad Said
sememangnya memperlihatkan kepelbagaian cara hidup dan cara berfikir golongan
wanita secara Realiti akibat faktor yang berlaku di sekeliling
mereka.Seharusnya,Golongan wanita pada masa kini mengambil iktibar daripada
keperitan hidup yang dialami masyarakat terdahulu dan mengambil sesuatu
keputusan tanpa berfikir panjang.
good good
ReplyDelete