Thursday, 1 May 2014

SAJAK:Nakhoda Darat By FiraSastra








Dari mula ku lihat seni kapalnya
ku merenung jauh ke lautan
adakah mampu ia bertahan
apakah mungkin mampu melawan
kerana hebat bentuknya
hebat pembinanya
ku nakhoda
masih belum kenal semudra
hanya pernah berakit di kali
bisakah membawa bahtera terapung megah

Mujur dikurniakan
Nakhoda darat yang berbisa
mampu melayarkan kembali kapal yang hampir karam
mampu memendekkan perjalanan tanpa arah
mampu membaca keluhan kelasi
tahu mana dalamnya suara
tahu mana ceteknya akal
sedang aku baru kenal rupanya bahtera
jerninya laut tenangnya akua

wahai kelasi wahai pelayar
jagalah tali jagalah layar
kita tidak tahu angin mana bertandang tiba
kita tidak tahu ombak mana datang menyapa
kerna itu sentiasalah bersedia

Jangan kamu terjun berenang ke pulau emas
sedangkan permata indah kamu tinggalkan
jangan kamu menyelam memeluk mutiara
khuatir dirimu lemas diselam alpa
jangan kamu lepaskan layar
saat ribut melanda
kerana ketakutanmu
membunuh segala bahagia

kita pengelola bahtera sendiri
jangan pula jadi lanun
merampas merobek kejam semangat insan
yang menjaga kamu dari lapar
yang melindungi kamu kala hujan
yang menghangatkan kamu saat dingin mencencang

aku juga ingin menjadi nakhoda darat
melihat bagaimana sauh dilayangkan
dari jauh menafsir arah penguasa
ku tidak hairan kapalku karam
bahteraku tenggelam
yang ingin ku tahu
apa puncanya?
siapa punya angkara?

Bangkitlah sedarlah fahamilah
bahtera kita masih belum kukuh
perjalanan kita masih jauh
masa kita sentiasa terbuang
leka berhenti di pulau tiada hartanya tiada isiannya
rendahkan haloba
tanya dada
siapa kita tanpa nakhoda?
kemana kita tanpanya
mana mungkin Allah menimbulkan 
kapal tenggelam sedangkan kamu sendiri yang menengelamkannya
Doa itu sementara,Usaha itu kekal selamanya
pengorbanan adalah tiangnya.

No comments:

Post a Comment