Sastera Melayu adalah untuk membina peradaban Melayu sebelum Melayu sendiri Meruntuhkannya.
Tuesday, 26 November 2013
Nukilan Biodata FiraSastra
FiraSastra atau nama sebenarnya Muhammad Faezsyam Bin Suhaini dilahirkan pada 28 Jun 1993 di Hospital Machang Kelantan pada Jam 11.45 malam.Menetap di Kampung Kemunchup Di Daerah Machang.
Mendapat Pendidikan Awal di SK Pangkal Jenereh dan merupakan salah seorang pelajar cemerlang UPSR(5A) pada tahun 2005 di sekolah tersebut.Meyambung pelajaran di SMK Seri Intan selama dua bulan kemudian mendapat panggilan atau tawaran ke MRSM Jeli dan belajar disana sehingga Tingkatan 3.
Di tingkatan 4,FiraSastra bersekolah di SMK Hamzah sehingga PraUniversiti.
Keputusan Cemerlang dalam STPM melayakkan Firasastra menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPSI dalam bidang Kesusasteraan Melayu.
Mula menyedari bakat dalam penghasilan puisi dan penulisan sejak di tingkatan 4.Pada peringkat permulaan,mengarang dan menulis puisi berbentuk Romantis dan puitis sehingga PraUniversiti seperti Sajak Bila Cinta Berbisik dan Embun Pagi.
Pemikiran terhadap sajak bebentuk Intelektual dan kesedaran anak bangsa mula lahir setelah beliau berada di Universiti dan lahirlah sebuah Blog PersawanMuda yang memaparkan beberapa Artikel dan Puisi beliau seperti Kemana Hilangnya Lidah Melayu?,Syair Senyumlah Bonda,Insan yang Rebah,Ranggi Bangsaku dan lain-lain lagi karyanya.
Bercita-cita untuk menjadi Pensyarah dalam bidang Kesusasteraan Melayu dan Pejuang Sastera pada Suatu hari nanti.Insya'llah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

terbaik
ReplyDeletesemestinya Cikgu..
Delete