Nik Asraf memegang
sepucuk surat yang baru dihantar oleh posmen sebentar tadi,dia mengoyak sampul
menandakan ketidaksabarannya untuk mengetahui isi surat tersebut.setelah
membukanya jelas tertulis di atas surat itu “Tawaran Sebagai Guru di SMK Bandar
Hilir”sebaris ayat itu sudah cukup membuatkan Nik Asraf ketawa kegembiraan,
“Mak!!Mak!!..Nik dah
dapat kerja Mak”Nik berlari menuju ke dapur memnyatakan khabar gembira tersebut
pada Ibunya,
“Iya??Alhamdulillah…Syukur,kat
mana tu Nik?”Tanya ibunya sambil tersenyum dengan berita tersebut
“Kat Melaka Mak,di
Bandar Hilir,akhirnya dapat jugak Nik jadi guru Mak”jelas Nik,
“Baguslah tu Nik,sekurangnya
Nik Ikut jejak arwah atuk Nik,kalau Nik nak tahu,keturunan kita memang asal
dari Melaka”
“Hah??habis tu macam
mana kita boleh tinggal kat Johor Mak?”Tanya Nik kehairanan,
Sambil duduk di kerusi
yang dijadikan tempat mereka sekeluarga menjamu selera,mak Nik menjawab
pertanyaan Nik tadi,
“Alahh..Arwah atuk kau
tu kan guru,Mak ikut arwah atuk kau pindah Johor..masa tu Mak baru 17 tahun
Nik..”
“ohh..begitu..izinkan
Nik pergi ya Mak?”pinta Nik memohon keizinan
Ibu Nik mengiyakan saja
permintaan Ni tadi walaupun sebentar lagi ibunya akan tinggal keseorangan,demi
menunaikan hasrat anaknya dia mengizinkan saja.Ibu Nik juga risau tentang
tempat tinggal Nik Di sana kerana Nik tiada saudara mara di sana.Namun Nik
menyatakan dia akan cuba cari tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat
kerjanya.mendengar kenyataan itu dari mulut Nik menenangkan sedikit kerisauan
dibenak hati ibunya.
Pagi itu Nik
membelek-belek surat khabar sambil meminum segelas kopi yang dihidang oleh
ibunya,dia mencari ruangan Iklan tentang rumah sewa berdekatan kawasan tempat
kerjanya,tidak cukup membelek surat khabar,Nik juga mendapatkan maklumat rumah
sewa melalui internet dan akhirnya dia terjumpa Iklan rumah sewa di kawasan
perkampungan Morten di Melaka.Dengan segera dia menghubungi nombor telefon yang
tertera di ruangan iklan tersebut dan akhirnya ada rumah yang masih kosong
untuk dia tinggal sepanjang dia bekerja di sana.
Suasana pilu terasa di
ruangan tangga rumah Nik apabila tiba saatnya dia berangkat ke Kota Melaka
untuk mencari rezeki,
Dengan tangisan air
mata yang keluar dari lereng mata Ibu Nik,Ibu Nik menghulurkan sesuatu pada
Nik,
“Ini cincin pusaka atuk
kau,dia suruh Mak bagi pada Nik kalau Nik tinggal jauh nanti”sambil
menghulurkan sebentuk cincin zamrud dengan gelung perak ditelapak tangan Nik,
“pandai-pandai kau jaga
diri ya Nik..”pesan Ibunya lagi,
“Baiklah Mak,jangan
menangis..nanti Nik selalu telefon Mak”Nik memujuk sambil memeluk erat tubuh
ibunya dan akhirnya berangkat pergi,
Dalam kaunter
pembayaran terlihat seorang lelaki tua sedang membuat kira-kira tentang perniagaan
rumah sewanya,mulutnya terkumat-kamit membaca apa yang ditulis sambil menekan
mesin kira-kira,kemudian datang seorang pemuda dan pemuda itu adalah Nik,
“Assalamualaikum..”Nik
memberi salam
Lelaki tua itu
berpaling setelah terdengar pintu pejabatnya dibuka sambil ada orang memberi
salam,dia bingkas keluar dari dalam kaunter pembayaran dan bersalam dengan Nik,
“Waalaikumsalam..anak
ni nak sewa rumah ke?maafla nak..rumah dah penuh..baru je minggu lepas ada
orang tempah”
“Ni Haji Rahmat
ke?”Tanya Nik,
“ye saya..”jawabnya
ringkas
“Sayalah Nik..yang
tempah rumah minggu lepas kat telefon..”jelas Nik sambil bebebast hati dapat
berjumpa dengan Haji Rahmat,
“oh ya..anakla yang
nama Nik…hahaha”mereka saling ketawa tetapi dalam ketawa Haji Rahmat terpandang
akan cincin yang dipakai oleh Nik dengan wajah yang agak hairan,bentuk cincin
itu hampir sama dengan cincin yang disimpannya cuma cincin milik Haji Rahmat
berwarna merah atau batu permata delima,kemudian haji Rahmat bertanya pada Nik,
“Mana kamu dapat cincin
tu?”
Tawa Nik tiba-tiba
perlahan terhenti,dia memandang tangannya yang dia pakaikan cincin pemberian
ibunya sebelum bertolak datang ke Melaka,
“owhh,ini mak saya bagi
sebelum saya datang sini,dia kata ni cincin pusaka atuk saya”jelas Nik
“siapa nama atuk kamu?”tanya
Haji Rahmat pantas..
“err..emmm..Nik..Nik
Mansor haji..”jawab Nik tergagap-gagap
Jawapan Nik tadi
membuatkan fikiran haji Rahmat mula terganggu,dia cuba mengingat sesuatu di
ruang mindanya namun tidak dapat dipastikan apa yang cuba dia ingatkan.Akhirnya
Haji Rahmat tidak mengendahkannya setelah dihalang oleh sapaan Nik yang melihat
wajah haji Rahmat yang mula berubah,
“Haji??Haji tak apa-apa
ke?”
“err..takde
apa-apa,oohh..tunggu kejap”Haji Rahmat kemudian kembali ke dalam kaunternya
tadi kemudian membuka laci,dia mencapai kunci dari dalam laci tersebut dan
menhulurnya pada Nik,
“Ini kunci rumah,dan
deposit rumah buat permulaan ni pak cik ambil RM100 je dulu”
“Terima kasih
haji,rumah saya yang mana satu haji?”Tanya Nik
“anak tanyala
orang-orang kat kampung Morten ni,rumah anak nombor 1262..orang kampung semua
kenal rumah tu”jawab Haji Rahmat
Setelah bertanya pada
orang kampung,akhirnya Nik jumpa rumahnya yang bernombor 1262 itu di tepi
sungai yang menjadi kebanggan orang Melaka.Sebagai guru sejarah,Nik tahu sungai
itu banyak ceritanya,salah satunya menjadi tempat anjing pemburuan parameswara
ditendang oleh seekor pelanduk.Dia melihat sungai itu kini dijaga dengan
baik,banyak bangunan-bangunan yang tinggi dibina disekitarnya dan menjadi
tarikan pelancong dari segenap negara.
Setelah puas menikmati
pemandangan di ruang jendela rumahnya itu,Nik terbaring keletihan akibat
berjalan jauh dari Johor tadi.dia terbaring di atas tilam lama yang
ditinggalkan penyewa terdahulu,sambil itu dia memandang-mandang cincin yang
diberikan oleh ibunya.Nik membelek-belek tentang keunikan cincin tersebut
seakan-akan menyimpan seribu satu rahsia di dalamnya.Tidak lama selepas itu Nik
terlelap,
Kedengaran bunyi bising
menganggu tidur Nik,bunyi itu membuatkan Nik tersedar dan yang mengejutkan
ialah dia bersandar di sebatang pokok.Wajah Nik penuh kehairanan dan dia mula
cemas,dalam pada itu dia mencari punca bunyi bising seperti ada keramaian.Nik
juga terkejut apabila ramai orang berkumpul dan menari-nari dalam kelompok
mereka seperti meraikan sesuatu.Pakaian mereka juga tidak pernah Nik lihat
kerana kelihatan seperti pakaian orang lama-lama.
Nik cuba menampar
pipinya sendiri kerana dia merasakan dia bermimpi tapi ternyata tidak.Untuk
mendapatkan kepastian,Nik menghampiri sekumpulan orang yang menari-nari tadi,
Apabila tiba di
belakang salah seorang dari mereka,Nik cuba menegur,
“Saya kat mana ni?”
“apa yang Tuan hamba
perkatakan ini?”tanya orang yang ditegurnya,namun orang itu seolah-olah kurang
mengerti bahasa Melayu moden yang digunakan oleh Nik,
Mendengar saja
pertanyaan sebegitu membuatkan Nik menukar pertuturannya kepada bahasa Melayu
klasik,
“Err..maksud hamba
dimanakah hamba berada sekarang?”tanya Nik
“mustahil tuan hamba
tidak kenal tempat ini,negeri cina dan arab yang jauh itu amat mengenali tempat
ini,inilah Melaka”jawab orang tadi pada Nik
Nik semakin binggung
kerana apa yang dilihatnya cumalah rumah-rumah kecil dengan sekumpulan orang
yang menari-nari.Dia hairan dan bermacam-macam persoalan timbul dalam
hatinya..kemana hilangnya bangunan serba mewah,bisik hatinya.Nik kemudian
memandang sekeliling,dia ternampak sekumpulan sekumpulan orang berjubah
berlilit serban putih dikepala membawa berbagai-bagai barangan seperti
perhiasan,sutera,dan emas.Nik juga kemudian terpandang beberapa orang turun
dari kapal tidak jauh dari tempat orang
menari-nari dan pakaian mereka seperti bangsa cina dan mereka juga membawa
barangan berdulang-dulang yang tertutup kain merah.
Nik semakin bingung
dalam benak fikirannya,apa sebenarnya yang berlaku terhadap dirinya sehingga
dia boleh berada di situ.Nik masih tidak berpuas hati dan masih ingin bertanya
pada orang tadi,namun Nik memulakan dahulu dengan menanyakan nama lelaki tadi
kemudian lelaki tadi mengenalkan dirinya sebagai Bujang.Nik bertanya pula
tentang tahun dia berada sekarang kerana dia meraskan dia bukan berada
dizamannya.Bujang kemudian memberitahu Nik bahawa oarang yang boleh meberitahu
Nik tentang tahun adalah Nujum Selamat yang tinggal di lereng bukit dan Bujang
pula bersetuju mebawa Nik berjumpa dengan Nujum Selamat.Dalam perjalanan pula
mereka sempat berbual dan Nik tidak putus menyoal Bujang,
“Apa sebenarnya yang
berlaku di tempat tadi Bujang?”tanya Nik
“Maksud tuan hamba
tentang pesta orang menari tadi?takkan tuan hamba tidak tahu juga?”Jelas bujang
yang kehairanan dengan pertanyaan Nik,
“bukanlah apa
Bujang,hamba bukan berasal dari tempat ini..”kata Nik
“oo..begitu,pesta itu
adalah untuk menyambut perkahwinan diraja,Sultan Iskandar Shah dengan anak raja
Pasai”jawab bujang kegembiraan
Jawapan Bujang
menyebabkan Nik semakin terkejut,apa yang dia tahu tentang Melaka adalah sebuah
negeri yang tidak beraja dan Raja terakhir memerintah Melaka adalah Sultan
Mahmud.Dia mula merasakan dirinya sudah kembali pada zaman pemerintahan awal
kerajaan Melaka.Memandangkan Nik adalah guru sejarah,dia tahu bahawa adalah
Sultan Iskandar Shah yang dimaksudkan adalah Parameswara iaitu raja pertama
yang memerintah Melaka.Apa yang menghairankan Nik adalah bagaimana dia boleh
tiba pada zaman yang telah berlalu beratus tahun lamanya dan apabila difikirkan
memang tidak logik.Nik tidak bercadang memberitahu Bujang perkara yang sebenar
kerana semestinya Bujang tidak akan percaya dengan cerita yang boleh dianggap
karut pada waktu itu.
Setibanya di rumah Nujum
Selamat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat oleh orang-orang Melaka pada masa
itu,Bujang mengetuk pintu rumah yang diperbuat daripada ikatan kayu kayan
bersalut daun-daun kering.
“Tok Mat!!oooTok
Mat!!”Bujang memanggil dengan nada yang agak tinggi,
Dalam masa yang sama
Nik melihat sekeliling rumah Tok Mat yang kelihatan agak seram pada pandangan
mata kasar,tetapi mungkin itulah suasana rumah seorang nujum pada zaman dahulu
fikirnya,
Sejurus selepas itu
kelaur seoarng lelaki tua bertongkat dan janggut agak panjang hingga ke paras
dada.janggut dan misainya bercantum dan bulu keningnya agak lebat.
“Hahh..kamu bujang,apa
hajat kamu datang rumah Tok Mat?kamu kamu sakit ke?”tanya Tok Mat pada bujang,
“Naikla dulu..”ajak Tok
Mat
“bukanlah apa Tok
Mat,Kawan Bujang hendak bertanya pada Tok Mat”
“hah,tanya apa?”
Bujang kemudian mencuit
paha Nik menandakan dia menyuruh Nik bertanya sendiri tentang
kemusykilannya,Nik dengan wajah yang agak malu-malu mengeluarkan pertanyaan
dengan mulut tergagap-gagap,
“err..emm..sebe..sebenarnya
hamba nak..nak tahu tahun..tahun sekarang ni maksud hamba”
Tok Mat agak sedikit
terkejut dengan pertanyaan Nik,belum pernah ada rakyat biasa datang bertanyakan
tentang tahun semas padanya.Hanya apabila golongan raja memanggilnya untuk
memberitahu tentang tahun semasa kerana kebanyyakan golongan istana menggunakan
tahun semasa untuk menulis hikayat sejarah Melaka.
Tok Mat terdiam
seketika sebelum menjawab pertanyaan dai Nik,dalam masa yang sama dia
terpandang cincin zamrud yang dipakai Nik,dia amat kenal dengan bentuk cincin
seperti itu,Pandangan Tok Mat pada Nik penuh tanda tanya,
“Mana kamu dapat cincin
zamrud itu?”tanya Tok Mat,
“kenape Tok?cincin ni
arwah datuk hamba yang punya,kenapa dengan cincin ni Tok?”tanya Nik yang
seolah-olah musykil dengan cincin yang dipakainya mungkin sesuatu yang amat
berharga,
“Itu adalah cincin yang
dipakai oleh golongan istana Melaka dan orang yang memakai cincin itu sekarang
cuma seorang sahaja..”jelas Tok Mat
“siapa Tok??”Tanya Nik
“Isteri Bendahara
Melaka,Nik Sulung”
Wajah Nik tegamam
mendengar penjelasan daripada Tok Mat tadi,dia merasakan berkemungkinan dia
adalah keturunan Bendahara Melaka kerana isteri bendahara Melaka juga mempunyai
gelaran Nik.Nik bangun dan berundur ingin keluar dari rumah Tok Mat tapi
tiba-tiba Tok Mat bangun memangilnya,
“Tunggu!!tadi kamu
ingin tahu tentang tahun bukan?”
Nik berhenti dn berpaling
dengan wajah ketakutan,Tok Mat kemudian memberitahu Nik bahawa sekarang adalah
tahun 1278 masehi,wajah Nik kelihatan bertambah kusut dan kemudian dia terus
berlari keluar.Bujang yang melihat Nik dalam keadaan demikian mengejarnya.
Nik terus berlari
hingga tiba di tempat orang menari-nari tadi,Nik terlihat ada sebuah pondok dan
dia beristirehat di situ.Fikiran Nik penuh tanda tanya tentang apa yang dia
telah lalui.Apa yang Nik tahu,Melaka mula diasaskan oleh Parameswara sekitar
tahun 1400Masehi dan masa yang dia berada sekarang adalah 1278 masehi.Fikiran
Nik tentang apa yang dia pelajari amat bercanggah.
Dalam masa yang sama
Nik terlihat seseorang sedang menulis sesuatu di atas daun yang agak
besar.terdengar juga alunan irama yang berbunyi seakan syair keluar dari bibir
orang yang menulis itu.Bujang kemudian datang kepada Nik dan Nik meminta maaf
kepada Bujang kerana keluar terburu-buru tadi dan Bujang pula tidak mengambil
kisah tentang perkara itu.Nik kemudian bertanya tentang gerangan lelaki yang
dilihatnya di bawah sebuah pohon dan menulis sebentar tadi.Bujang mengatakan
bahawa orang mengelar lelaki itu sebagai lelaki gila kerana menulis pantun
sambil bernyanyi dan pantunnya pula tidak pernah dibuat oleh orang-orang Melaka
di sini.Nik merasa hairan dan bertanya lagi tentang nama lelaki tersebut kepada
Bujang dan Bujang mengatakan bahawa nama lelaki itu adalah Hamzah Fansuri.Bujang
menjelaskan lagi bahawa dia tidak menganggap Hamzah Fansuri sebagai gila kerana
dia pernah terbaca puisi yang dikarang oleh Hamzah Fansuri dan mendapati isi
kandungannya penuh dengan mesej yang berguna dan padat dengan unsur keislaman.
Nik tertarik dengan
penjelasan yang Bujang berikan,selama ini dia tahu sangat berpantun dan amat
panadai menghasilkan pantun.Dia tahu apa yang dikarangkan oleh Hamzah Fansuri
pada masa itu bukanlah pantun tetapi Syair kerana Hamzah Fansuri merupakan
pelopor kepada syair Melayu.Perasaan ingin tahu Nik yang membuak-buak dalam
dirinya menyebabkan Nik mendekati Hamzah Fansuri dan cuba menegurnya,
“Assalamualaikum
Saudara Hamzah,”Tegurnya
“Waalaikumsalam..bagaimana
Tuan Hamba tahu nama Hamba Hamzah?,Oh ye..mungkin sekali Bujang yang memberitahu
kamu bukan?”jawab Hamzah yang menyedari bahawa Nik dapat mengetahui namanya
daripada Bujang kerana Bujang ada di belakang Nik pada waktu itu.
“Ya,tadi Bujang
menceritakan Tuan Hamba pandai menulis pantun dan pantun tuan hamba amat
unik”Nik berkata sedemikian hanya sekadar untuk mengetahui adakah benar apa
yang ditulis oleh Hamzah itu pantun atau syair,Hamzah kemudian tersenyum dan
menunjukkan apa yang ditulisnya kepada Nik dan Bujang,
“Ini bukanlah pantun
biasa,saya belajar ini daripada pedagang Arab,mereka memanggil puisi ini
sebagai Syi’ir,tapi baris puisi mereka hanya dua rangkap,baris puisi saya
terdapat empat rangkap keseluruhannya,”Jelas Hamzah pada Nik dan Bujang,
“Jadi ini bukanlah
pantun?”tanya bujang
“bukan Bujang..cuba
tuan hamba lihat dua huruf terakhir setiap baris,berbeza dengan pantun bukan?”
Bujang mengangguk
sahaja menengar penjelasan daripada Hamzah.Nik kemudiannya seakan teringat
sesuatu dalam kotak fikirannya.Nik bertanya pada Hamzah sama ada Hamzah
mengenali seseorang yang bernama Raja Ali Haji.Hamzah agak terkejut dengan pertanyaan
yang diajukan oleh Nik.Dengan terpaksa,Hamzah menjelaskan bahawa Raja Ali Haji
adalah gurunya yang mengajar menulis puisi,Hamzah juga mengatakan tidak ramai
yang mengenali Raja Ali Haji pada ketika itu.Oleh hal yang demikianlah Hamzah
amat pelik sedikit dengan pertanyaan Nik.
“Tolong!!!Tolong!!!..”Jeritan
itu kemudian menganggu perbualan mereka,
Bujang dan Nik bergegas
berlari menuju ke arah suara yang kedengaran daripada hutan
berdekatan.Setibanya di sana,merela terlihat seorang lelaki tua dipukul oleh
dua orang yang tegap badannya.Bujang dan Nik cuba untuk membantu,
“manusia celaka,apa
urusannya kamu memukul orang tua ini?”tanya Bujang kemarahan
“siapa kau??orang tua
ini berhutang sepuluh gantang beras dengan tuanku tetapi dia tidak mahu
membayarnya”jawab salah seorang daripada dua orang jahat tadi,
Dua orang jahat tadi
mengengam penumbuk mereka dan ingin menyerang Nik serta Bujang kerana menganggu
urusan mereka,meskipun Nik dan Bujang ingin menolong tetapi mereka juga
kelihatan agak takut apabila didekati dua orang lelaki bertubuh sasa tadi,belum
sempat lelaki itu menyerang mereka kedengaran bunyi sekumpulan gajah liar
menuju ke arah mereka,apabila bunyi semakin kuat dua orang lelaki tadi
melarikan diri akhirnya dan meninggalkan Bujang dan Nik.Orang tua yang masih
terbaring akibat dipukul menyebabkan Bujang dan Nik tidak melarikan diri
malahan mereka cuba mengangkat orang tua yang lemah itu.Mereka tergesa-gesa
menangakat tubuh orang tua itu sebelum sekumpulan gajah datang menyerang
mereka.Tidak lama selepas itu,bunyi gajah itu berhenti dan diganti pula dengan
sorakan dan hilai tawa seperti suara kanak-kanak.
Nik dan Bujang
memandang kawasan sekeliling dan dia akhirnya ternampak tiga orang kanak-kanak
lelaki bergelak ketawa di atas sebuah pohon.Setelah kanak-kanak itu turun,Nik
mendekati mereka sambil memapah orang tua tadi.
“adakah kamu bertiga
yang membuat bunyi suara gajah sebentar tadi?”Tanya Nik pada tiga orang
kanak-kanak tadi,
“ya,dia yang menyuruh
kami mengulung daun sehingga menjadi seruling gajah”jawab salah seorang
kana-kanak tadi sambil menunjukkan kawannya yang berada dibahagian tengah,
“oohh..bijak sekali
kamu,siapa nama kamu?”tanya Nik pada budak itu,
“Tun Perak”jawabnya
ringkas
Nik tergamam tanpa
kata.Dia kemudian melihat tiga orang kanak-kanak itu berlalu pergi.Mula timbul
persoalan baru dalam benak fikirannya,adakah kanak-kanak tadi Tun Perak yang
menjadi bendahara Melaka kepada empat orang Raja?.Adakah yang dijumpainya tadi
merupakan Tun Perak yang bijaksana merancang taktik perang bagi menumpaskan
tentera yang ingin menyerang Melaka.sungguh tidak disangka dia bertemu dengan
Tun Perak yang pada ketika itu sekitar sepuluh tahun sahaja umurnya.
Setelah selesai
menghantar orang tua itu ke rumahnya serta merawatnya,Bujang kemudian mengajak
Nik ke kawasan istana Melaka untuk melihat persandingan antara Sultan Iskandar
Shah dan Puteri raja Pasai.Istana raja Melaka terletak tidak jauh dari kawasan
sungai yang tercatat peristiwa anjing pemburuan raja ditendang seekor
pelanduk.Dengan perasaan ingin tahu,Nik mengikut saja Bujang menuju ke Istana
Melaka.Setibanya mereka di istana,terdapat ramai rakyat Melaka mengerumuni
kawasan istana untuk melihat majlis persandingan yang meriah itu.Akibat tidak
dapat melihat dengan jelas,Bujang mengajak Nik memanjat pokok yang ada di situ
dan Nik bersetuju.Setelah Bujang sudah agak tinggi di atas pokok itu,dia
mengajak Nik pula untuk panjat ke atas,belum sempat Nik memanjat dia terpandang
sebaris tulisan pada pokok itu,kelihatan seperti tulisan Melayu kuno tetapi Nik
tidak berapa memahaminya,Nik kemudian bertanya pada Bujang dari bawah pokok,
“Bujang!!tuan hamba
tahukah ini pokok apa?”Tanya Nik
“Inilah pokok Melaka tuan
hamba,nama Melaka diambil sempena nama pokok ini..Raja yang namakan negeri ini
Melaka”jelas Bujang
Penjelasan Bujang
membuatkan Nik tergamam seketika kerana dia kini berada di tempat bermulanya
sebuah sejarah Kota Agung yang bernama Melaka,
“Tuan hamba tahu apa
yang tertulis di pokok ini?,hamba tidak tahu membacanya”Tanya Nik lagi,
Dari atas pokok Bujang
memberitahu Nik bahawa dia pernah terbaca tulisan di pokok itu yang tertulis
‘Melaka 1262masehi’.Nik terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Bujang,apa yang
dia tahu sebelum ini adalah Melaka mula wujud sekitar 1400masehi.tapi setelah
apa yang dilaluinya di sana telah membuktikan bahawa semua tafsiran pengkaji
barat terhadap kota Melaka adalah salah.Apa yang paling merisaukannya,bagaimana
dia ingin pulang ke zaman asalnya..
“Tuan Hamba!!cepat
naik..Raja dah keluar”
Jeritan Bujang dari
atas pokok menganggu lamunan Nik dan Nik terus menaiki pokok Melaka tadi dan
dia dapat melihat keseluruhan pemadangan dalam istana.Dari kiri bawah balairung
seri dapat dia lihat sekumpulan orang cina yang membawa dulang tadi dan sebelah
kanan adalah orang berjubah dan lilit serban putih dikepala,mungkin itu orang
dari Arab kerana Melaka pada masa itu terkenal dan dikujungi oleh pedagang
Arab.
“itu dia Tok Kadi dah
sampai”Bujang menunjuk jarinya ke arah seorang lelaki berjanggut dan memakai
pakaian seperti orang Arab tadi,
Nik Cuba mencari orang
yang ditunjukkan oleh Bujang tadi dan amat kagum dengan kesederhanaan
pemakaiannya walaupun di dalam Istana,
“adakah Tok Kadi itu
orang Arab ?”tanya Nik
“Tuan hamba..tuan
hamba..”sambil mengelengkan kepalanya
“Itulah Syed Sheikh
Abdul Aziz,orang yang telah mengislamkan orang-orang Melaka termasuk raja
sendiri”
Nik hanya mampu
tersenyum mendengar kata-kata Bujang,dia tidak perlu bertanya banyak tentang
Syed Sheikh Abdul Aziz kerana dia amat mendalami tentang peristiwa kedatangan
islam ke Kota Melaka.
“Tuan hamba,itulah
Datuk Bendahara dan tepinya adalah isteri Datuk Bendahara yang dikatakan oleh
Tok Mat tadi”sambil tangan Bujang menunjuk ke arah Datuk bendahara yang duduk
di bahagian kiri Balairung dan barisan hadapan.
Nik dapat melihat jelas
cincin yang dipakai oleh Nik Sulung isteri Datuk Bendahara yang sama dengan
cincin yang dipakai olehnya tapi Nik juga dapat melihat dengan jelas cincin
yang dipakai oleh Datuk bendahara juga sama tetapi permatanya berwarna
merah.Nik cuba bangun untuk melihat perbandingan kedua-dua cincin
tersebut,apabila dia ingin mara sedikit ke hadapan,tiba-tiba,
“Prakkkk..”
Dahan yang dipijaknya
adalah dahan mati dan Nik tergelincir jatuh ke tanah,
“Tuan Hamba!!!”Bujang
cuba mengapai tangan Nik tapi tidak sempat,
Mata Nik kelihatan kuyu
di tanah,penglihatannya samar-samar dan dia dapat melihat ramai orang
mengelilinginya sebelum dia pengsan perlahan-lahan.
Nik tersedar,dia
melihat suasana sekeliling sudah berubah,dia cuba bangun tapi kepalanya sakit
seperti terhantuk sesuatu,apabila dia melihat dengan jelas barulah dia sedar
yang dia sudah berada di atas tilam dia berbaring tadi.Nik merasakan apa yang
berlaku tadi adalah mimpi namun kepalanya tetap sakit,mungkin kesan terjatuh
dari pokok.Nik termenung dan berfikir apakah perkara yang dilaluinya sebentar
tadi benar-benar berlaku.Nik kemudian memandang cincin zamrud yang
dipakainya.Cincin itu benar-benar istimewa baginya.
Nik kemudian bangun
dari tilam dan menuju ke jendela untuk menghirup udara luar,dia terpandang
seseorang menunggang motosikal memakai topi keledar putih dan berhenti di
sebelah rumahnya.Dia fikir itu adalah jirannya,apabila saja penunggang tadi membuka
topi keldarnya,Nik terkejut melihat wajah jirannya seiras dengan wajah Bujang
iaitu lelaki yang menjadi temannya ketika dia berada pada zaman permulaan kota
Melaka.Penunggang itu sedar Nik memandangnya dan melemparkan senyuman tanda
perkenalan lalu masuk ke dalam rumah.
Nik memandang pula ke
arah sungai berdekatan,lama dia termenung dan dia merasakan rumah 1262 ada
sejarahnya yang tersendiri dan cincin zamrud yang dipakainya bukanlah sebentuk
cincin biasa.
No comments:
Post a Comment